Friday, December 17, 2010

Doa..

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

"YA ALLAH
,ya Tuhan kami,hidupkanlah kami dengan iman, matikan kami dalam iman serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, wahai Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami ketika masih kecil.Demikian juga, ampunilah seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, baik yang hidup mahupun yang meninggal dunia, dengan rahmat-Mu Ya Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Wednesday, December 15, 2010

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt....

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta....

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga....

Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera...

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku...
Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE

9/10 muharam

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  3. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  4. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  5. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  6. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  7. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  8. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  9. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  11. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sepatutnya hari ni 9 Muharram aku berpuasa..... tapi miscomunicationlah pulak ....terpaksa esok mulakan puasa. Moga esok tidak ada halangan untuk menunaikan puasa sunat....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...


Berikut Doa Awal Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...



Salam Maal Hijrah......

Moga penghijrahan aku ini diterima oleh Mu, Ya Allah. Jauhilah aku dari sifat riak, takbur ,sombong diri. Jauhilah akan diriku sifat2 yang boleh mendatangkan fitnah.... dan membuat fitnah pada sahabat2ku. Ya Allah, jadikan aku dan ahli keluargaku didalam rahmat dan kasih sayangMu. Jadikanlah juga sahabat2ku orang2 yang Engkau hindari dari sifat2 yang menfitnah dan payungilah mereka semua dengan payung rahmatMu.

Aminnyarabbalalamin