Tuesday, March 29, 2011

Umrah


Malam tadi dapat satu panggilan dari kak Ida.... Beritahu ibu beliau telah kembali kerahmatullah pada 24/3/2011... Al- Fatihah- semoga ditempatkan ditempat orang yang beriman dan beramal soleh. Satu lagi berita kak Ida nak ke umrah pada hari ini. Alhamdulillah akhirnya kak Ida dipanggil ke Rumah Allah.

Satu yang buat aku teringat pada kak Ida raut wajahnya yang redup ... yang x dapat diunggapkan dengan kata-kata. Seorang ibu tunggal yang mana sanggup cuti separuh gaji untuk menjaga ibunya yang sakit selama sebulan. Sanggup berkorban untuk ibu tercinta..... walaupun dalam ramai2 adik-beradik hanya dia seorang saja yang duduk jauh di KL. Bergilir-gilir menjaga... Seandainya aku ditempatnya sanggupkah Aku????

Alhamdulillah, aku pernah menjaga mak ketika mak dihospital, tapi tetap merasakan belum lakukan yang terbaik lagi......

Kepada Kak Ida moga dapat menjalankan ibadah umrah dengan sempurna dan dipermudahkan segala urusan disana, disihatkan tubuh badan dimakbulkan segala doa-doa kak Ida disana. Panjang umur kita jumpa lagi...

Thursday, March 24, 2011

Selamat Hari LahirKu Yang ke 39

Hari ini menginjak lagi umurku ke39 tahun......Ya Allah bagaimanakah amalan-amalanku.....
Selamat tinggal 38.... adakah dapat ke 40 tahun???

Hanya Allah yang Maha mengetahui......Moga dipanjangkan umurku seiring dengan amalan dalam mentaatiMu dan jadikanlah aku hamba yang benar-benar menyerahkan sepenuh hati dan kepasrahku hanya untukMu... Dan diharapkan rahmah dan rahmatMu sentiasa memayungiku dan ahli keluargaku yang lain.. Begitu juga dengan sahabat-sahabatku yang turut mendoakan kesejahteraanku.

"Ya Allah, jika aku tidak cukup baik di sisi Mu untuk Engkau memakbulkan setiap doa-doaku, Kau makbulkanlah doa-doa mereka yang tulus ikhlas. Dan Kau rahmatilah mereka Ya Allah.

Semoga pada umurku yang ke39 tahun ini akan lebih bermakna dan ceria selalu disamping orang-orang yang aku sayangi....

Kenangan

Ya Allah lamanya x menjenguk blog ni dah bersawang dah...

Banyak sangat kerja2 akhir2 ni yang terpaksa di bereskan dulu... Semenjak menjaga abah sakit di hospital selama 26 hari secara bergilir2 dan dirumah selama 20 hari dan akhirnya Allah menjemput ketika dia berumur 81 tahun.Pada 2/3/2011. Lamanya umur sabsidi yang Allah berikan padanya...bagaimana dengan aku??

Dan selepas tu terpaksa menguruskan hal2 yang ditinggalkan ..... penatttnya.
Banyak benda terpaksa diketepikan dulu ...... x pelah ... mana tidaknya terpaksa berkejar2 untuk mengemas 2 rumah .. aduhh.

"Ya Allah, Kau tempatkanlah bapa mertuaku Hj Darsudin B M Sidek ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Permudahkan urusan beliau diSana....... Moga apa yang kami lakukan setiap kebaikan dab kebajikan untuknya didunia ini benar-benar sampai kepadanya, Ya Allah..."....

p/s: teringat aku satu sms yang aku dapat pada malam abah meninggal dari seorang sahabat yang mengucapkan takziah membuatkan aku terkasima seketika.....

" Takziah....selesailah tanggungjawap ko mlm ni... hanya tuhan yang balas segala budi baik yang dicurahkan selama ini.... Ingat Allah.... Dia bagi ko ujian sebab ko mampu harungi....kecantikkan wajah x mampu b'saing dgn kecantikkan hati...hati ko cantik....aku pasti!!.."

buat sahabatku....tidak ada apa yang aku lakukan, semuanya semata-mata kerana Allah diatas rasa tanggungjawap yang telah diamanahkan dan janji pada diri untuk menjaga mereka ketika saat- saat akhir mereka....

Monday, January 3, 2011

Ya Allah

Ya Allah, akal, hati dan jiwaku telah kuhadapkan padaMu, akal yang penuh keyakinan terhadapMu, hati yang penuh dengan keimanan padaMu, serta jiwa yang senantiasa mencintaiMu. Ku bergantung padaMu untuk setiap langkah yang kubuat. Aku hanyalah hamba yang tak memiliki kemampuan apapun bila tanpa kuasaMu.ku akui hanya Engkaulah Tuhanku. Tuntun aku ya Allah, agar senantiasa mampu selalu mensyukuri nikmatMu. Amin...

Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU 2011

Ya Allah, Aku mohon PadaMu, ditahun yg baru îπî, Muliakan & sayangilah Saudara- saudaraku ini. Bahagiakan dia dan keluarga nya, berkahilah Rezekinya, kuatkan Imannya. Jauhkan dari malapetaka dan fitnah. Berilah nikmat dalam ibadahnya, kuatkan tali silaturahim diantara kami Ya Allah. Jadikanlah kami orang-orang yang lebih cemerlang, buangkanlah titik-titik hitam dihati kami. ~ Selamat Tahun Baru 2011 M

Friday, December 17, 2010

Doa..

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

"YA ALLAH
,ya Tuhan kami,hidupkanlah kami dengan iman, matikan kami dalam iman serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, wahai Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami ketika masih kecil.Demikian juga, ampunilah seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, baik yang hidup mahupun yang meninggal dunia, dengan rahmat-Mu Ya Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Wednesday, December 15, 2010

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt....

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta....

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga....

Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera...

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku...
Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE