Thursday, October 28, 2010

KITA TAK PERNAH TAHU

Badan yang sihat, segar bugar dan tiba-tiba jatuh sakit dan akhirnya bertemu kematian cukup membuatkan kami seakan tidak percaya.

Namun, itulah tentang sebuah kematian.

Ia datang tanpa signal.

Ia datang tiba-tiba.

Boleh jadi ketika itu kita masih belum bersedia..

Tinggal semuanya...suami, isteri, anak-anak, harta-kekayaan yang kita kejar didunia yang membuatkan kita lalai, leka, alpa dengan nikmat dunia akhirnya kita;

Terpinga-pinga saat Izrail menjemput ke alam kekal.

Kerana,

Kita tak pernah tahu.

Bila detik itu akan tiba buat kita.

Peringatan buat kita bersama.

SUBHANALLAH

Tuesday, October 26, 2010

Buat diriku yang lupa

“Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.”

Doaku


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong
Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita

Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal- hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.

Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Thursday, October 21, 2010

Doa

Ya Allah, bukakanlah untukku dan
keluargaku

pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,

pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampuan

dan pintu-pintu syurga..
Ya Allah.... Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang.

Amin......

Friday, October 15, 2010

sahabat

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya
persahabatan dan
Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.
Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU,
maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.


KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan
Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi
eduhanku dari bahang kemarau kehidupan.
Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.


PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan.
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan,
telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Thursday, October 14, 2010

Anugerah

Ya ALLAH,
betapa sangat sedikit sekali yang telah aku lakukan untukMU
seperti setitik air di dalam lautan yang luas
seumpama sehalus-halus debu pasir di daratan yang amat luas.

Nak dibandingkan dengan apa yang telah KAU anugerahkan padaku
SUBHANALLAH tak terkira banyaknya.

Ya ALLAH,
jadikan hambaMU ini seorang insan sentiasa mensyukuri akan segala nikmatMu
dan sentiasa dibawah lembayung rahmatMU ya ILLAHI. Amiin

ANDA KENA SABAR SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.

Marilah sama-sama kita hayati cerita ini.....


Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika
ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami
kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20
tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat
Green
Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since
5
years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah
jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih
yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang" Ibu
Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada
diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau
tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is
my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa
aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa
bukan di
Malaysia , negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia
saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau
didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah
adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak
ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu
kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri
aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan
tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau
sudah
bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh
panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang
dengan
satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih
20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

tak tersangka cerita amat menyentuh hati dan perasaan ini.hingga menngalir air mata ini.tapi pernahkah kita terfikir juga seorang islam tak mampu menasihati saudara seislamnya ke arah ke kebaikan...
renungkan bersama...


Friday, October 8, 2010

RENUNGAN DI PAGI JUMAAT


UNTUK RENUNGAN DI PAGI JUMAAT YG MULAI INI...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi...... aauuummmmm!! !

Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. ..

Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.

Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah ...

1):Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANA'LLAH*

*ALHAMDULI'LLAH*

*LAILAHAILLA'LLAH*

*ALLAHUAKBAR*

*ASTAGHFIRULLAH*

*LAILAHAILLA'LLAH, MUHAMMADURRASULU'LLAH*

*ALLAHUMMASALLY WASALLIM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD *

*WA'ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN*

Step 2):Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..

INSYAALLAH.. Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhaiNya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa diberi nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita lakukan.... Amiiiinn

WALLAHUALAM...

Thursday, October 7, 2010

SALAM.....

SEKADAR PERINGATAN SEMULA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Sunnah Rasulallah s.a.w. dalam bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"......

1) Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"......

2) Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada PULAN ye" contoh lerr...

3)Bukannya : "Kirim salam kat PULAN ye" Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

4)"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

5) Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

6)Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

7) Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

WALLAHUALAM.........



P/s: kita banyak yang tak tau dari tahu...... Mohon ampun dari Allah.

ADA TAK SUAMI OR PAKWE CAMNI...

Saya suka tengok jari awek saya.....
Cantik betol... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other....
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain dapat tengok jugak.....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong....
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama...
Dia lagi cantik dan berseri menghadap NYA...
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya....
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan NYA dari saya...

Saya sedih tengok awek saya....
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu...
Die tak kata satu aper pun....
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...

P/S: untuk anak-anakku dan untuk ingatan semua.......