Wednesday, June 30, 2010

Berserah

Dengan Rahmat Dan Kasih SayangMu dapat aku mencoretkan sedikit catatan atau nak dipanggil apa ya.......

Ya Allah aku manusia biasa-biasa yang punya kekurangan disana-sini, bagaimana boleh aku tumpahkan disini, aku pun tak tau...... Allah Berkuasa... Gerakkan Allah....Bertapa aku insan kerdil atas muka bumi ini.

Hanya jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kahidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, Lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib.

Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya.
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup.
Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik.

Teringat satu pesanan, Jangan hanya belajar dengan guru, tapi belajarlah dengan pengalaman. Belajarlah dengan kesilapan, belajarlah dengan teguran, belajarlah dengan kata-kata orang kepada kita, belajarlah dengan kesilapan orang, belajarlah dengan tragedi dan peristiwa, itulah universiti yang bersifat universal.

Tuesday, June 29, 2010

Keinsafan


Ya Allah...,
Diperjalanan yang entah dimana hujungnya ini, seringkali godaan memburu...,
Keimanan menjadi lesu, hati dipasung nafsu
dan diketika lain pula keinsafan bertamu.

Penyiksaan membelenggu...

Jiwa dan raga bagai dipalu...

lantas namaMu ku seru.

Keberadaanku nyata dihadapanMu.
Dan keadaanku tidak tersembunyi dariMu. Berilah aku hidayah dan cahaya untuk sampai kepadaMu....
Dan teguhkanlah aku dalam pengabdian kepadaMu...

Ya Allah....

Rahmat dan kasih sayangMu kurindu.

Monday, June 28, 2010





Masih terasa suasana meriah dikampung-kampung yang masih menjalankan pakatan diantara penduduk kampung. Sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan akan diadakan kenduri (dipanggil kenduri menggumpul orang) pembahagian kerja. Seminggu selepas itu hari menegak balai yang lelaki yang perempuan buat kerja didapur. Seterusnya hari-hari, rebus telur pindang, buat wajik sampailah hari merewang dan seterusnya hari langsung. Seronok masih lagi tradisi ini diteruskan. Ada sesetengah tempat di kawasan bandar (taman- taman) juga ada yang tradisi ini. Tapi sekarang ada yang menggunakan khidmat catering mudah, tak perlu tenaga kerja yang ramai semua diserahkan pada catering. kedua- duanya ada pro dan kontra........ tepuk dada tanya poket....

Sunday, June 27, 2010

Bergaya aje........ bukan betul-betul.........
Keluarga Hj. Khamis

Norbaiti & Ridzwan

Mohd Akmal & Nor Asyikin


Tahun 2010, tahun yang meletihkan ramai anak buah yang melangsungkan perkahwinan tak kurang juga yang bertunang semalam berlangsungnya perkahwinan diantara Norhasniza Bte Hj Khamis dengan pasangannya Azrin B(lupa..la) belah pihak suami dan majlis pertunangan Mohd Hafandi B. Mohd Nordin di Perak belah pihak saya. Pada bulan Mac 2010, perkahwinan antara Norbaiti Bte Shaari dengan Ridzwan B (lupa lagi). Bulan April 2010, Mohd Akmal B Abdul Shukor dengan pasangan Norashikin Bte (lupa...lupa... lupa..). 5/6/2010 majlis pertunangan Nurhaslina Bte Hj Hassan. Semoga perkahwinan mereka semua terus bersama hingga ke anak cucu dan didoakan kebahagiaan berpanjangan dan dimurahkan rezeki buat semua yang bertunang moga akan kejinjang pelamin.

Untuk Pengantin,

Semarak Cinta

Merah itu semarak cinta, Putih itu kasih suci.
warna indah terpahat dihati, lambang untuk cinta yang sejati. Gelora cinta sepadan nyalaannya. Keikhlasan jiwa semurni kesuciannya. Gabungan kedua penuh bermakna bak bunga mekar harum wangiannya. Berjanjilah wahai Rembulan. Takkan kau pudarkan warna ini menjadi biru atau kelabu. Takkan ada dusta pada cinta yang benar yang menjadikan pungguk untuk merindu.
Merah semangat cinta.
Putih kejujuran dijiwa.
Merah putih inilah tentang cinta.

Friday, June 25, 2010

Ujian


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Pagi ini saya berselisih dengan Adi terus perasaan sayu, pilu menyelubungi hati ini. Kasihan dia, tak tahulah macamana nak diterjemahkan hati ini dengan kata-kata.

Ya Allah, engkaulah yang mencipta hati dan perasaanku seperti ini, engkau bantulah aku dan tenangkannya.

Kadang-kadang kita lupa hidup ini telah diaturkan dan direncanakan oleh Allah sejak dari azali lagi dan sememangnya telah tertulis di Luh Mahfuz.

Ya Allah, Kau berilah taufik dan hidayah kepadanya, kau pemegang ubun-ubunnya kau jadikan dia orang-orang beriman dan bertakwa, lindungilah dia dengan rahmat dan kasih-sayangMu. Disebalik ujian dan dugaan yang Engkau beri, jadikan dia seorang yang matang dan dapat menempuhnya dengan hati tenang tetapkan kakinya dilandasan yang benar. Berikanlah dia kejayaan didunia dan diakhirat......Amin

Tuesday, June 22, 2010

Untuk Kita

Untuk Kita…,
Bersyukurlah, Jagalah, Berhati-hatilah dan hayatilah dengan apa yang kita ada yang telah dikurniakanNya untuk dipinjamkan sementara waktu kepada kita.agar kita tidak sesal apabila segalanya tiada.

Abah…..Abah...Ah masa berlalu begitu pantas kalau disuruh cari diceruk mana sekalipun akan dicari…..mana…...mana…...tempat mencurah rasa, keluh-kesah, seribu satu persoalan. Ah...tiada lagi... menangislah airmata darah sekalipun tiada guna.


Ya Allah,KepadaMu daku memohon, ampunilah dia, rahmatilah dia dengan kasih sayangMu, Ya Allah. Tempatkanlah dia ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Hitungkan amal kebajikannya Ya Allah. Temukan kami di syurgaMu, syurgaMu Ya Allah, Syurga FirdausMu Ya Allah…. Amin.

Abah…… ah hanya kenangan yang tinggal untuk disulam didalam kehidupan ini dan akan disulam menjadi sulaman yang terindah.

Selamat Hari Bapa Buat Allahyarham Ali Amran Bin Hj Hamzah.

Monday, June 21, 2010

Travelog Cinta Abadi

Bersama Suhaimi Mior Hassan

Haziq dengan bunga( kenapa skema sangat)
Bersama Novelis Ain Maisarah

Bersama Puan Roza dan Prof Kamil



Sebuah tulisan yang mengusik perasaan. Yang paling penting ia dapat memberi hidayah kepada anak-anak saya untuk hadir bersama pada majlis perlancaran TCA pada 5/6/2010 walaupun pada mula seperti paksaan oleh suami akhirnya mereka akur. Sebenarnya nak melihat sejauh mana tersentuhnya mereka atau dapatkah mereka menghayati babak-babak yang diceritakan nanti.

Pada masa perlancaran itu bukan Haziq dan Wann.(Tihani) yang menangis tapi saya yang tak berhenti menangis sangat memberkas dihati. Sebelum pergi sempat pesan dengan Wann suruh bawa tisu. Alahai, Saya ini cenggeng mudah menanggis orangnya.. Malam sebelum tu suami diajak oleh Prof datang ke rumahnya. Saya dah berangan untuk ambil gambar dengan Prof, kak Roza dan artis jemputan Suhaimi Mior Hassan tapi apakan daya masa suami berjumpa dengan Prof sesudah usai sembahyang asar suami beritahu prof tak dapat datang ke rumah prof…. frustnya…. Malamnya mogok…..Rupa-rupanya selepas perlancaran saya dapat ambil gambar sepuas-puasnya. Berbaloikah mogok…….

Ulasan Wann “Wann dah habis baca buku tu, Bu. Baca buku tu Wann rasa tenang hati Wann.” Sekarang tengah tunggu Haziq pula baca dan tunggu apa pula komen dia……


p/s;Buat Kak Roza, Semoga Allah memberi ilham agar dapat menghasilkan lagi buku-buku di masa akan datang.....Amin


Sunday, June 20, 2010

Cuti

Haidar Arrissa

Nurul Nadhirah Tihani

Esok...sesi persekolahan penggal ke2 bermula,buat Haziq(Ahmad Naqiuddin Haziq panggilan disekolah Naqiu) dan Wann (Nurul Nadhirah Tihani panggilan disekolah Nad) jadikan sesi ini lebih bersemangat untuk terus belajar. Kepada Cikgu Ghafiel(bukan nama sebenar) esok sesi persekolah disekolah baru moga dapat memberi penuh perhatian dan menjadikan kehidupan yang lebih ceria, baru dan segar. Mohonlah kepada Allah semoga segalanya berjalan lancar. Untuk Cikgu Tzarfin- Aiedhura masih cuti berpantang, jagalah Haidar Arrissa satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Dan kepada guru-guru semua Selamat menjalankan tugas, tugas anda semua sangat murni Insyaallah ada kiraan diSana nanti.......

Ya Allah, Kau Ampunkan guru-guru semua , yang telah mengajarku dan yang telah mengajar anak-anakku, Kau tempat mereka semua di Syurga Firdaus Mu, Ya Allah.
Berilah mereka rahmat dan kasih sayangMu.

Friday, June 18, 2010

Sabar


Dalam minggu ini Allah menguji saya untuk bersabar menghadapi kerenah bapa mertua yang sedang demam 2 minggu, dah 2 kali ke klinik.Sekarang saya cuba untuk masakkan lauk disebabkan akak ipar yang selalu masakkan sibuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya yang akan berlangsung dalam minggu depan.
Tanya nak makan apa.. tak nak makan, belikan sarapan.. masin,serba-serbi semua dalam keadaan tak kena.....banyak ngomel....mungkin untuk tarik perhatian anak-anak....


"Ya Allah kau jadikanlah kami orang-orang yang sabar dalam menghadapi karenah-karenah ini dan kuatkanlah kami Ya Allah kepadaMu kami mohon pertolongan dan kepadaMulah kami berserah."

Saturday, June 12, 2010











BUAT PUTERA SULONG KU

Wahai Anakku Ahmad Naqiuddin Haziq,

Permata hati Ibu dan ayah

Perjuangan baru bermula

Langkahlah dengan semangat jitu

Hanya untaian doa restu yang akan mengiringi mu

Anakku Haziq,

Penawar dikala duka

Mengertilah bahawa tiada yang lebih mengembirakan

Melainkan khabar kejayaan

Tiada yang lebih membahagiakan

Melainkan untaian doa kiriman mu

Haziq,

Pembela ibu dan ayah

Sehingga kini segala kekhilafanmu

Tidak wujud dihati kami

Ibarat cobaan dan dugaan dariNya

Haziq,

Penyejuk jiwa

Biar kemiskinan harta asal

Terpahat kekayaan dijiwa,

Ketinggian budi disamping

Kerendahan hati.



Hasil Nukilan:Ibumu

Friday, June 11, 2010

Dalam kenangan

Saya baru teringat bulan ni rasa-rasanya akan menyambut Hari Bapa. Insyaallah saya akan menyambutnya dengan suami ,anak-anak dan bapa mertua. Hanya bapa mertua saja yang tinggal. Emak saya meninggal pada 9/2/2004, Abah pula meninggal dunia pada 20/4/2006 yang lalu dah 4 tahun permergian abah tapi macam baru lagi peristiwa tu berlaku.
Al-Fatihah…..

Ya Allah kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pada tahun 1988, bapa kawan baik saya Faizah telah meninggal dunia pada masa itu kami baru berusia 16 tahun dia dah kehilangan tempat bergantung tapi pada usia saya 38 tahun sekarang telah kehilangan kedua-dua tempat bermanja, faizah masih mempunyai emak. Itulah ketentuan yang Allah tentukan.
Yang tinggal kini hanya kenang-kenangan yang tak mungkin luput dalam kotak fikiran. Allah telah makbulkan doa saya tanpa saya sedar, pada masa bapa Faizah meninggal dunia Faizah tidak dapat berjumpa kerana pada masa itu kami mengikuti rombongan ke Johor bahru sempena menyambut hari kemerdekaan.Peristiwa itulah yang menjadikan saya, berdoa…berdoa…dan terus berdoa kepada Allah agar saya dapat berada disisi emak dan abah saat mereka nak pergi bertemu Sang Penciptanya. Kenapa saya berdoa macam tu? Kerana pada pengamatan saya pada masa itu orang-orang yang hampir selalunya tidak dapat berjumpa disaat ibu atau bapa mereka ‘pergi’
Allah makbulkan doa saya doa insan yang kerdil ini tanpa saya sedar.
Pagi tu saya pergi kerumah mak seperti biasa, mak memang telah lama sakit angin ahmar lebih kurang 10 tahun tengok keadaan dia sambil memicit-micit badan dan juga kaki. Sampai di kaki terasa kaki mak sejuk tiba-tiba hati berkata “mak nak mati ke”. Mak menjawap persoalan dalam hati saya dia kata “tak lah kaki mak sejuk sebab kipas” sambil menunjuk kearah kipas yang sedang berpusing. “ eh…macam mane mak boleh baca apa yang ada dalam hati ni…” Mula saat itu hati saya dah tak tentu arah.Mak mula sesak nafas dia menyuruh saya menelepon adik-beradik yang duduk jauh suruh beritahu yang dia sakit.Hari itu hari isnin orang baru mula bekerja dan anak-anak baru bersekolah masing- masing hanya dapat bercakap melalui telepon dengan mak.
Banyak tanda-tanda yang buat saya menjadi makin resah “dah nak sampai masa ke ni”. Tidak ada satu orang pun yang tahu rahsia Allah bila, dimana hanya agakan-agakan hati saja, entah ye ke tidak. Saya dan suami bagai dah dapat rasa,kerana pada waktu tengahari saya cakap dengan mak saya nak balik kejap, budak-budak nak balik sekolah untuk makan solat dan selepas itu nak ke sekolah agama. “Jangan lama-lama nanti datang sini balik”. “Ya lah”kata saya. Memang rumah saya dengan rumah mak tak jauh. Dirumah saya beritahu suami keadaan mak suami saya terus bagitau atau lebih kepada mengingatkan seandainya mak pergi saya jangan menangis meraung-raung, jangan meratap, jangan ….bla….bla…bla… Eh kenapa cakap macam ni memang dah dekat sampai masa ke….”Tak saja nak ingatkan”.Saya tahu sebab saya rapat dengan mak.Petang tu suami terus tidak masuk kerja dan terus pergi kerumah mak nampak saja muka suami mak terus tanya “Basri mak awak sihat, nanti kirim salam dekat mak awak”. “Insyaallah mak, Nanti saya sampaikan, Mak macam mane” “macam nilah Basri, sesak napas” sambil suami mengurut-urut kaki mak .
Petang tu mak suruh abah betulkan van yang rosak,saya suami pergi menemankan abah. Kak Mon saya panggil suruh duduk temankan emak didepan sebelum pergi suami ada tanya mak nak makan apa-apa tak. Mak kata entahlah belilah apa-apa tapi jangan lambat balik.
Belikan mak rojak tapi mak makan sikit saja Tak lalu katanya .
Petang sebelum balik nak ambil anak-anak balik sekolah cakap dengan mak kalau nanti masih sesak napas,i saya nak bawa mak ke hospital Setelah sembahyang maghrib Abang Da telepon suruh cepat mak suruh bawa pergi hospital saya terus berkemas bawa baju dan masukkan surah Yassin. Eeh…eh kenapa pula bawa surah Yassin emm.. tak apalah nanti kalau mak kena tahan wad boleh duduk-duduk baca…..
Sampai aje rumah mak adik-beradik yang duduk disekitar Segamat semua ada.”Kenapa awak semua tak hantar mak pergi hospital” Tanya saya pada Abang Da. “Mak nak pergi dengan awak” kata Abang Da.”Tak kira dengan siapa-siapakan boleh” tak ada orang pun menjawab kata-kata saya. Saya pun terus suruh suami dan abang-abang yang ada kat situ masukkan mak dalam kereta.Suami memandu,saya dan abah duduk dibelakang ,saya dibelakang mak.Abang dan kakak akan menyusul kemudian di hospital. Baru mulakan perjalanan tak sampai pun lagi kejalan besar dalam jarak lebih kurang beberapa meter dari rumah badan mak senget ke tengah, sambil saya betulkan badan mak. Rupa-rupanya mak dah tak berdaya lagi lemah hanya menyebut Allah..Allah saja. Saya mula menanggis sambil menyuruh mak jangan berhenti sebut Allah. Saya minta ampun dari mak untuk saya ,suami dan anak-anak dan minta halalkan makan minum saya selama mak besarkan saya, mak terus raih kepala saya dekatkan kepipi mak itulah saat paling sukar untuk saya lupa hingga ke hari ini walaupau tanpa mak berkata apa-apa.Suami tanya nak terus kehospital ke saya tegah suruh berpatah balik ke rumah. Dirumah abang-abang yang baru nak menyusul ke hospital hairan kenapa saya berpatah balik.Saya keluar dari kereta terus suruh Abang Da,Abang Tam dan Abang Teh keluarkan mak dari dalam kereta bawa masuk kedalam rumah.Mak memang dah tak sedar,saya tak tahu keadaan mak. Saya duduk sebelah mak terus bacakan surah Yassin Abang tam,Abang Teh dan Abang Da mengadap mak sambil membisikkan kalimah Allah di telinga mak. Baru Yassin ayat yang ketiga Abang Tam memberitahu mak dah tak ada lagi.
Pada awalnya saya seperti mahu menyalahkan abang-abang kerana tak nak hantar mak cepat kehospital tapi pada masa yang sama saya teringat akan doa yang saya pohon pada Allah,rupa-rupanya Allah bagi saya ruang dan waktu untuk saya bersama dengan mak disaat-saat akhir pemergiannya.walaubagaimanapun saya redha akan ketentuan takdir.

“Ya Allah ,Nikmat Allah yang mana satu hendak saya dustakan……”

“Astagfirullahalazim…

Ampuni hambamu ini..,Ya Allah...

Sadar akan kelemahan padamu ku berlindung…

Thursday, June 10, 2010

Bapa tiri

Bapa tiri.

Saya pergi ke rumah bekas adik ipar untuk ambil anak saudara(anak adik dengan dengan bekas isteri),untuk ambil sekejap disebabkan adik-beradik yang lain ada pulang bercuti. Ketika kami sampai mereka sedang menikmati makan tengahari. Tapi rupanya bekas adik ipar ada program lain. Sesuatu yang mengejutkan yang meruntunkan hati ketika Ain(anak saudara yang paling kecil) hendak keluar bejumpa dengan kami tiba-tiba ditengking oleh bapa tirinya terus meraung Ain. Ya Allah, kenapalah marah budak tu didepan mak saudaranya. Tiba-tiba ingatan terus ke arwah abah yang mana arwah abah merupakan seorang bapa tiri yang ketika dia kahwin dengan emak dia seorang duda yang tidak mempunyai anak dan emak balu kepada 12 orang anak kandung dan 3 orng anak angkat. Abah tidak pernah sesekali marah, jentik jauh sekali untuk pukul. Kalau abah sedang menonton tv rancangan kegemaran berita Abah boleh tengok dengan keadaan cucu-cucu bising terpekik-pekik sambil berlari-lari didepan abah, abah buat tak tau aje. “Abah cuba abah marahkan budak-budak ni jangan bising…..” kata saya pada abah.”Biarlah dia orang jarang jumpa sekali-sekali” tanpa mata terus menatap ke kaca tv.

Pernah berlaku ketika menjelang raya budak-budak bermain mercun . Adib,Faris dan kawan-kawan mereka bermain mercun buatan sendiri bunyinya seperti meriam buluh kuatnya bukan main. Emak semamangnya sakit, marah kerana terperanjat cuba awak marahkan budak-budak tu ,sakit jantung saya asyik terperanjat aje” kata mak kepada abah. “biarlah kan seronok bila nak raya main mercun meriah budak-budak tu” kata abah.

Ya Allah Kau ampunkan kedua ibubapaku rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu Ya Allah Tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman.