Dalam kenangan
Saya baru teringat bulan ni rasa-rasanya akan menyambut Hari Bapa. Insyaallah saya akan menyambutnya dengan suami ,anak-anak dan bapa mertua. Hanya bapa mertua saja yang tinggal. Emak saya meninggal pada 9/2/2004, Abah pula meninggal dunia pada 20/4/2006 yang lalu dah 4 tahun permergian abah tapi macam baru lagi peristiwa tu berlaku.
Al-Fatihah…..
Ya Allah kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Pada tahun 1988, bapa kawan baik saya Faizah telah meninggal dunia pada masa itu kami baru berusia 16 tahun dia dah kehilangan tempat bergantung tapi pada usia saya 38 tahun sekarang telah kehilangan kedua-dua tempat bermanja, faizah masih mempunyai emak. Itulah ketentuan yang Allah tentukan.
Yang tinggal kini hanya kenang-kenangan yang tak mungkin luput dalam kotak fikiran. Allah telah makbulkan doa saya tanpa saya sedar, pada masa bapa Faizah meninggal dunia Faizah tidak dapat berjumpa kerana pada masa itu kami mengikuti rombongan ke Johor bahru sempena menyambut hari kemerdekaan.Peristiwa itulah yang menjadikan saya, berdoa…berdoa…dan terus berdoa kepada Allah agar saya dapat berada disisi emak dan abah saat mereka nak pergi bertemu Sang Penciptanya. Kenapa saya berdoa macam tu? Kerana pada pengamatan saya pada masa itu orang-orang yang hampir selalunya tidak dapat berjumpa disaat ibu atau bapa mereka ‘pergi’
Allah makbulkan doa saya doa insan yang kerdil ini tanpa saya sedar.
Pagi tu saya pergi kerumah mak seperti biasa, mak memang telah lama sakit angin ahmar lebih kurang 10 tahun tengok keadaan dia sambil memicit-micit badan dan juga kaki. Sampai di kaki terasa kaki mak sejuk tiba-tiba hati berkata “mak nak mati ke”. Mak menjawap persoalan dalam hati saya dia kata “tak lah kaki mak sejuk sebab kipas” sambil menunjuk kearah kipas yang sedang berpusing. “ eh…macam mane mak boleh baca apa yang ada dalam hati ni…” Mula saat itu hati saya dah tak tentu arah.Mak mula sesak nafas dia menyuruh saya menelepon adik-beradik yang duduk jauh suruh beritahu yang dia sakit.Hari itu hari isnin orang baru mula bekerja dan anak-anak baru bersekolah masing- masing hanya dapat bercakap melalui telepon dengan mak.
Banyak tanda-tanda yang buat saya menjadi makin resah “dah nak sampai masa ke ni”. Tidak ada satu orang pun yang tahu rahsia Allah bila, dimana hanya agakan-agakan hati saja, entah ye ke tidak. Saya dan suami bagai dah dapat rasa,kerana pada waktu tengahari saya cakap dengan mak saya nak balik kejap, budak-budak nak balik sekolah untuk makan solat dan selepas itu nak ke sekolah agama. “Jangan lama-lama nanti datang sini balik”. “Ya lah”kata saya. Memang rumah saya dengan rumah mak tak jauh. Dirumah saya beritahu suami keadaan mak suami saya terus bagitau atau lebih kepada mengingatkan seandainya mak pergi saya jangan menangis meraung-raung, jangan meratap, jangan ….bla….bla…bla… Eh kenapa cakap macam ni memang dah dekat sampai masa ke….”Tak saja nak ingatkan”.Saya tahu sebab saya rapat dengan mak.Petang tu suami terus tidak masuk kerja dan terus pergi kerumah mak nampak saja muka suami mak terus tanya “Basri mak awak sihat, nanti kirim salam dekat mak awak”. “Insyaallah mak, Nanti saya sampaikan, Mak macam mane” “macam nilah Basri, sesak napas” sambil suami mengurut-urut kaki mak .
Petang tu mak suruh abah betulkan van yang rosak,saya suami pergi menemankan abah. Kak Mon saya panggil suruh duduk temankan emak didepan sebelum pergi suami ada tanya mak nak makan apa-apa tak. Mak kata entahlah belilah apa-apa tapi jangan lambat balik.
Belikan mak rojak tapi mak makan sikit saja Tak lalu katanya .
Petang sebelum balik nak ambil anak-anak balik sekolah cakap dengan mak kalau nanti masih sesak napas,i saya nak bawa mak ke hospital Setelah sembahyang maghrib Abang Da telepon suruh cepat mak suruh bawa pergi hospital saya terus berkemas bawa baju dan masukkan surah Yassin. Eeh…eh kenapa pula bawa surah Yassin emm.. tak apalah nanti kalau mak kena tahan wad boleh duduk-duduk baca…..
Sampai aje rumah mak adik-beradik yang duduk disekitar Segamat semua ada.”Kenapa awak semua tak hantar mak pergi hospital” Tanya saya pada Abang Da. “Mak nak pergi dengan awak” kata Abang Da.”Tak kira dengan siapa-siapakan boleh” tak ada orang pun menjawab kata-kata saya. Saya pun terus suruh suami dan abang-abang yang ada kat situ masukkan mak dalam kereta.Suami memandu,saya dan abah duduk dibelakang ,saya dibelakang mak.Abang dan kakak akan menyusul kemudian di hospital. Baru mulakan perjalanan tak sampai pun lagi kejalan besar dalam jarak lebih kurang beberapa meter dari rumah badan mak senget ke tengah, sambil saya betulkan badan mak. Rupa-rupanya mak dah tak berdaya lagi lemah hanya menyebut Allah..Allah saja. Saya mula menanggis sambil menyuruh mak jangan berhenti sebut Allah. Saya minta ampun dari mak untuk saya ,suami dan anak-anak dan minta halalkan makan minum saya selama mak besarkan saya, mak terus raih kepala saya dekatkan kepipi mak itulah saat paling sukar untuk saya lupa hingga ke hari ini walaupau tanpa mak berkata apa-apa.Suami tanya nak terus kehospital ke saya tegah suruh berpatah balik ke rumah. Dirumah abang-abang yang baru nak menyusul ke hospital hairan kenapa saya berpatah balik.Saya keluar dari kereta terus suruh Abang Da,Abang Tam dan Abang Teh keluarkan mak dari dalam kereta bawa masuk kedalam rumah.Mak memang dah tak sedar,saya tak tahu keadaan mak. Saya duduk sebelah mak terus bacakan surah Yassin Abang tam,Abang Teh dan Abang Da mengadap mak sambil membisikkan kalimah Allah di telinga mak. Baru Yassin ayat yang ketiga Abang Tam memberitahu mak dah tak ada lagi.
Pada awalnya saya seperti mahu menyalahkan abang-abang kerana tak nak hantar mak cepat kehospital tapi pada masa yang sama saya teringat akan doa yang saya pohon pada Allah,rupa-rupanya Allah bagi saya ruang dan waktu untuk saya bersama dengan mak disaat-saat akhir pemergiannya.walaubagaimanapun saya redha akan ketentuan takdir.
“Ya Allah ,Nikmat Allah yang mana satu hendak saya dustakan……”
“Astagfirullahalazim…
Ampuni hambamu ini..,Ya Allah...
Sadar akan kelemahan padamu ku berlindung…
Friday, June 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment