Friday, December 17, 2010

Doa..

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

"YA ALLAH
,ya Tuhan kami,hidupkanlah kami dengan iman, matikan kami dalam iman serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, wahai Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami ketika masih kecil.Demikian juga, ampunilah seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, baik yang hidup mahupun yang meninggal dunia, dengan rahmat-Mu Ya Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Wednesday, December 15, 2010

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt....

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta....

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga....

Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera...

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku...
Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE

9/10 muharam

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  3. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  4. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  5. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  6. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  7. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  8. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  9. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  11. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sepatutnya hari ni 9 Muharram aku berpuasa..... tapi miscomunicationlah pulak ....terpaksa esok mulakan puasa. Moga esok tidak ada halangan untuk menunaikan puasa sunat....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...


Berikut Doa Awal Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...



Salam Maal Hijrah......

Moga penghijrahan aku ini diterima oleh Mu, Ya Allah. Jauhilah aku dari sifat riak, takbur ,sombong diri. Jauhilah akan diriku sifat2 yang boleh mendatangkan fitnah.... dan membuat fitnah pada sahabat2ku. Ya Allah, jadikan aku dan ahli keluargaku didalam rahmat dan kasih sayangMu. Jadikanlah juga sahabat2ku orang2 yang Engkau hindari dari sifat2 yang menfitnah dan payungilah mereka semua dengan payung rahmatMu.

Aminnyarabbalalamin

Tuesday, November 16, 2010

Thank You Allah....

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.



Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini ......

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah

Alhamdulillah.....pesanannya telah menguatkan niat hati ini untuk tidak biarkan hari esok (selasa, 16hb oktober 2010) berlalu macam hari-hari biasa sahaja. Kerana…esok adalah hari penting….HARI ARAFAH….9 Zulhijjah. Banyak fadilatnya…kalau tak ‘ambil peduli’….…rugi besar!

Kalaulah dulu aku boleh bersengkang mata stay-up study nak exam….boleh berhabis duit untuk membahagiakan orang tersayang, boleh drive jauh sikit (arah tepi laut) asal dapat makan hidangan kegemaran (seafood)….tak kanlah esok aku ‘malas’ untuk dapatkan ganjaran yang lebih best dari itu?

Ringkasnya, esok adalah HARI ARAFAH. Esok, kita kena PUASA. Fadilatnya sangat besar sehingga dapat MENGGUGURKAN DOSA-DOSA SELAMA SETAHUN YANG LALU DAN SETAHUN YANG AKAN DATANG. Tawaran untuk dapat 2 tahun ‘dosa-free’ (bebas dosa). Allah ampunkan dosa hamba-Nya selama dua tahun berturut-turut. Wow!

Aduhai….kemungkinan selama ini kita lebih beranggapan bahawa fadilat IBADAH HAJI itu hanya ‘eksklusif’ untuk para jemaah haji sahaja……wal hal, Allah Maha Pemurah turut ‘tawarkan’ ganjaran besar kepada mereka yang tinggal di tanah air masing-masing dalam musim haji macam sekarang ni.

Mungkin juga, ‘promosi’ tentang tawaran dari Allah tu tak berapa meluas! Atau tak cukup publisiti! Atau kurang cekap para ‘salesman’ kita (pendakwah, pihak berwajib, media dan individu perseorangan) untuk buat pengumuman bahawa….

1. Allah Maha Penyayang. DIA tahu kita sering bertungkus lumus cari peluang buat pahala dan elak dari terjebak dosa. Bulan Ramadhan lalu kita dah pulun habis…macam-macam peluang dapat pahala dan keampunan dari Allah kita cuba rebut. Kini, di musim haji, sekali lagi Allah buat tawaran besar-besaran untuk beri pengampunan kepada kita semua (bukan untuk para jemaah haji sahaja). Jangan dilupa pula peluang pengampunan ‘setiap hari’ jika kita istiqomah bangun solat di penghujung malam.

2. ‘Promosi’ tentang tawaran Pengampunan Dosa dari Allah banyak yang salah guna ‘tag-line’. Asal masuk Ramadhan saja…maka ‘dinampakkan’ kesempurnaan AIDILFITRI bila dapat balik kampong, pakai cantik-cantik, banyak botol biskut raya atas meja, dan alunan syahdu lagu raya menyayatkan hati….(errr…kalau saya, suka sangat lagu SEPASANG KURUNG BIRU). Dan bila nak AIDILADHA saja, semua lebih bertumpu kepada fadilat ibadah korban sahaja.

3. Kena sangat kita hidupkan ‘roh’ musim haji ni dalam setiap jiwa tak kiralah siapa orang tu. Kerana ia adalah peluang untuk kita semua dapat keampunan dari-NYA. Kalau nak diringkaskan keistemewaan yang Alah tawarkan pada hari esok (16hb Oktober 2010, 9 Zulhijjah), HARI ARAFAH, adalah…
(a) HARI MAGFIRAH – Allah berjanji akan menggugurkan dosa-dosa hamba-Nya setahun sebelum dan setahun yang akan datang.
(b) MUSTAJAB DOA – esok! Allah mendengar dan memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu, mintalah apa sahaja dari Allah.
(c) TERLEPAS DARI SEKSAAN NERAKA – esok juga, adalah hari paling ramai Allah membebaskan hamba-hambaNya dari seksaan neraka. Namun, semuanya bersandarkan pada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.
(d) TURUN RAHMAT – Esok! Hari akan turunnya rahmat yang mencurah-curah. Sebab nabi Muhammad SAW pernah menyatakan. Hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan akan jadi lemah hanya kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekelian hamba-Nya yang beramal soleh.
(e) IBADAH PUASA YANG PALING DIMULIAKAN– tidak ada hari yang Allah paling muliakan ibadah puasanya melainkan puasa pada bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.

4. Sebagai panduan, kita kena tahu bilakah ‘time’ yang mustajab doa di hari Arafah. Kalau boleh kita lapangkan diri dari apa sahaja urusan seharian. Waktu mustajab doa adalah bila masuk malam 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 9 Zulhijjah (kiranya petang ni kita dah kena ‘stand-by” lah!). Kalau di Arafah, waktu ini yang dikatakan waktu kemuncak. Jemaah haji akan bertalbiah, berzikir, membaca Al-Quran dan menjaga adab dan pantang sepanjang ihram.

5. Macamana nak berdoa? Apa nak minta dari Allah?
Sebaik-baiknya doa dimulakan dengan ‘sayiidul istighfar’ iaitu :
“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-MU daripada kejelekan yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau”.

Lepas tu…mintalah apa sahaja dari Allah sesuai dengan kehendak dan keperluan diri. Keutamaannya mintalah Allah panjangkan umur, sentiasa dalam kebaikkan, murah rezeki, doa minta kerukunan dan kebahagian rumahtangga, doa dapat jodoh dan sebagainya. Selain berdoa untuk diri sendiri…jangan lupa untuk mendoakan saudara mara…sahabat handai dan semua muslimin & muslimat lain, khusus yang sedang ditimpa ujian (musibah).

6. Pesanan nabi kita, doa yang paling baik dibaca adalah :
Daripada Musa bin Ubaidah, daripada Ali bin Abu Talib r.a. Rasullullah SAW bersabda, “Doa yang paling banyak yang aku pohonkan pada hari Arafah adalah doa para Nabi iaitu”
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu untuk-Nya, kepunyaan-Nyalah segala kerajaan dan pujian dan Dia amat berkuasa atas segala-galanya.
Wahai Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada telingaku cahaya, pada penglihatanku cahaya.
Wahai Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada was-was dada dan fitnah kubur dan urusan yang tidak teratur.
Wahai Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang datang pada waktu malam dan kejahatan yang datang pada waktu siang dan daripada kejahatan yang dibawa oleh tiupan angin dan daripada kejahatan tahun”.

Oleh itu, rebutlah tawaran mendapat Pengampunan dari Allah ini. Betapa Maha Pengasihnya DIA, kerana kita diberi peluang untuk ‘deletekan’ nama kita daripada menyertai senarai panjang ahli neraka. Allah beri keampunan dosa sepanjang tahun ini (2010) dan ‘advance’ keampunan dosa setahun untuk tahun depan (2011). Nikmat ni belum tentu kita mampu capai jika diharapkan pada kemampuan dan kualiti ibadah seharian kita kini.
Kesal ‘nanti’ kalau kita tak ambil peluang ni….kita puasa ya esok?


WASSALAM

Saturday, November 13, 2010

Frienzz

Assalamualaikum.......

Entah tak paham sangat dengan tingkah laku dan perangai manusia ni..... Facebook ini menyatukan balik sanak saudara..kawan2 lama yang dah ber puluh tahun tak berjumpa...

Jumpa kawan lama??? Perkara yang paling seronok bagi peminat Facebook ni ...temasuklah aku tuan punya blog ini. Terasa seronok bila bersua dengan kawan-kawan sekolah ada yang lama x dengar khabar langsung.... Yang jauh jadi dekat..... yang dekat semakin erat jadinya. Ada yang sudah berumah tangga, yang sudah beranak pinak...yang bermacam2 lagi.

Dengan fb ini kalau nak buat onar pun mudah jugak.... jadi janganlah kita tergolong dalam golongan yang seperti itu....semua org membuat kesilapan....kita tentunya tidak sempurna tapi jgnlah kesilapan yang kita buat kita menjadi orang yang rugi...dalam bersahabat. Bermaaf-maafkanlah diantara satu dengan yang lain. Tapi jangan mengeluarkan perkataan "aku tak akan minta- maaf....bukannya dia dan keluarganya bagi aku makan...." perkatan ni nak menunjukkan kita ni yang mcmane???

Jangan mengikut nafsu dan amarah. Kita ni semua dah berumur...ada anak2 yang melihat sikap dan tindak tanduk kita. Anak2 boleh menilai, nak ke kita anak2 mengikut jejak kita....bak kata pepatah... bapak kencing berdiri, anak kencing berlari... nak ke???

Tak rugi bila kita rasa tak nak minta maaf. Bukan org boleh paksa tapi jadikan kehidupan kita ini hidup dengan sebaik2 penghidupan. Bukan dengan apa yang kita ada, tapi corak yang kita contengkan dalam kanvas lukisan penghidupan kita. Kita nak ada kawan yang boleh kongsikan susah senang kita..... suka duka kita. Kadang2 kita x boleh lepaskan dengan orang2 yg dekat tapi kita nak dengan kawan...tapi jangan pulak kita rasa menyesal bila kita dah kongsi dengan dia menghianati kita mengadu-domba ... rekacipta pula cerita yang kita tahu.

Kadang2 cara kita nak tau membuatkan orang bercerita pada kita dengan harapan ingat orang yg dengar tu jujur.... Jadi orang akan bercerita sedikit sebanyak hal2 mereka. Akhir sekali cerita tu jadi modal lak. Tapi ingat bila org bercerita, kita pun bukannya x bercerita dengan org lak hal2 kita atau apa2 yg kita tau... bila kita bukak cerita .... org marah. Orang pulak akan buka cerita kita. Sebab org bandingkan cerita yg sebenarnya nak ikutkan cara ni memang x elok ....
tapi org terpaksa buat cam tu sebab nak tengok cerita yg sebenar.

Akhirnya kenapa pulak ambil keputusan buang pulak sahabat2 kita. Itukan menunjukkan kita lagi tak boleh menerima kenyataan apa yang orang cakapkan...kenapa???. Rambut kita ni sama hitam , hati lain-lain. Perasaan hasad dengki tu wujud sedangkan suatu ketika dulu, itulah sahabat baiknya dunia akhirat katanya......Hmmmm entahlah janganlah ikutkan hati...kita buat mcm ni lagi banyak tanggapan org terhadap kita.... Esok2 bukan pulak x jumpa...

Jangan jadikan fb ni tempatt kita mencari dosa sedangkan banyak info yg berguna yg boleh kita ambil darinya. Buangkan sifat2 negatif dalam diri kita, bersahabatlah dengan ikhlas, buang perasaan nak menunjuk2, kalau kita rasa hebat...ada orang lagi hebat dari kita. Tapi orang hebat dia tidak menunjuk dia menikmati segalanya dlm kesederhanaan.

Marilah kita sama2 bermuhasabah tentang diri kita, tentang hari esok yang dinanti. Hidup didunia yang sementara. Hidup disanalah yang kekal lagi abadi. Tak terbayangkah kita seolah2 kita melepasi titian siratul-mustaqim tanpa masalah. Namun saya fikir kemuliaan di dunia tidak akan membawa makna besar jika kita disana kita berhadapan dengan kesukaran sehingga menyebabkan tergelincir jatuh.

Allah memberikan kita nikmat untuk berfikir. Namun bayangkanlah segala kemuliaan dan nikmat yang diberi Allah supaya dapat berfikir dan kembali hampir kepadanya. Kita mahu ceria di dunia, Kita mahu teruja di syurga.

Walau apa pun tanggapan, pandangan dan penilaian kita terhadap fb ini, gunakanlah ia dengan sebaiknya. Setiap perkara buruk yang terjadi antara kita dengan kawan2 fb ini pasti ada rahmat disebaliknya dan jadikanlah ia suatu pengajaran yang tiada ternilainya buat kita. Yang pastinya ..... antara kita dan facebook, ada cerita yang tersurat dan tersirat disebaliknya...

Sunday, November 7, 2010

Cemburu a.k.a Jelezz

Akhirnya Allah telah memberi clu diatas setiap persoalan yang bermain dalam 2/3 hari ni. Alhamdulillah syukur, bukan nak mencari salah orang tapi nak tahu kedudukan cerita yang sebenarnya. Akhirnya mereka boleh menilai, perlu diingat pada umur yang bergini masing2 boleh menilai setiap sesuatu tu dengan mata kepala mereka sendiri.

Setelah 20 tahun tak berjumpa dengan fb ni kita berjumpa semula....dan janganlah dengan fb juga tempat untuk kita bersengketa. Malulah umur pun bukan muda lagi, aku malu dengan anak2 bila anak bukak fb tengok ayat2 yang x setuju angin ni.

Tulahkan berkawan ni kena ikhlas jangan suka jaga kain orang, jangan suka cari salah orang, jangan suka mengadu-domba, jangan nak melaga-lagakan orang. Cerita dengan orang ni lain, kang pusing dengan orang ni pulak dah lain. Yang diceritakan ini pun bukannya sapa2 kawan2 kita juga, lepas tu ingat kawan2, tak reti nak menilai.

Akhir sekali mereka nak juga cari jawapan diatas setiap persoalan yang mereka sendiri tak ketahui ujung pangkal dengan berselidik antara satu dengan yang lain. Selidik punya selidik cerita yang dihidangkan ramuannya nyata berbeza. Nah kan mereka sendiri boleh merasa, sebab ada yang sememangnya chef (kerana ada kedai sendiri dan jumpa macam2 orang), ada pakar piawaian untuk menjadi kualiti (misi/nurse), ada yang jaga bahagian kuantiti takut terlebih lak kang senang nak kena sue (agen), pemerhati( kejanya duk kat offis), penilai (kejanya keluar amik n antar anak sekolah cam aku gak). Jadinya mereka ni semua dah mahir ssgt dengan org2 yg ada kat kliling mereka.

Aku dituduh cemburu a.k.a jelesss, ish bergagaklah sikit nak cakap. Buat pengetahuanlah yang aku nak cemburu ni, lau lawa cam artis ok lah ni artis suam2 kuku pun x de. Kita ni biorlah orang nak cakap apa asal kita tahu sapa kita... kita tahu asal usul. Jangan nanti orang kata, kita nak marah orang pulak. Bab lawa ni memang tak ada kesudahan kalau nak di bahaskan, Lawa ke???? atau kita suka orang puji kita.

Kadang2 orang puji kerana nak sedapkan hati kita. Kadang2 memang ikhlas, kadang2 orang puji kerana ... dia tengok kita suka sangat kena puji. kadang2 kita pulak suka puji orang sebab kita nak orang puji kita balik. Kita yang menciptakan manusia ni jadi hipokrit. Jangan terlalu obsess dengan kecantikkan. Kalau kecantikan itu plastik dan kosmetik buat apa!! Minta maaf aku keterlaluan, tapi kalau orang dah tak paham2 kena pahamkan macam ni caranya.... berkias pun tak reti. Masih nak cari kesalahan orang.

Dah2 lah tu satu jari tunjuk kat orang tiga jari lagi tunjuk kearah kita balik, janganlah sewenang2 kita nak mengata.... lepas ni kalau dah kluar macam ni pun masih x paham x taulah nak cakapkan lagi. Bersemuka agaknya tu dah tindakkan yang terakhir, sebab takut disalah ertikan mesti dengan saksi2 penting.

Akhir sekali seandainya ada yang tersinggung diatas coretan yang ditulis ini mohon setinggi kemaafan kita semua tidak sempurna kita semua sedang diujian oleh Allah. Anggaplah ini ujian dari Allah pada kita semua untuk tengok kita telus atau tidak dalam bersahabat atau untuk menunjuk2 dan janganlah kita hendak bermegah2 dengan apa yang kita ada ini semua nikmat Allah yang sementara untuk kita rasa sedangkan Allah beri tu untuk kita beringat2....

Bukan rupa paras sahaja harta benda juga nikmat yang Allah beri didunia ini bersifat sementara untuk dirasai didunia yang fana ini esok2 apabila kita kembali kita akan disoal bagaimana kita mengendalikan segalanya yang pasti tidak bawa apa2 pun hatta anak dan suami pun akan kita tinggalkan... macamane sayang pun kita.... Sekali lagi aku ingin mohon beribu kemaafan diatas terkasar bahasa yang aku gunakan.....

Seandainya ada yang tersalah langkah telah cuba untuk dibetulkan .... sedangkan aku sendiri pun menari kaku. Jadi sama2lah untuk membetulkan antara satu dengan yang lain. Bersama untuk merawat hati yang tercemar dari dosa dan noda.
Semoga kita semua berjaya mencari kesembuhan dari pelbagai penyakit fizikal dan jiwa. Sentiasa bersedia kepada sakit yg tiada ubat iaitu kematian dan tua... Harap2nya dapat keampunan dari Allah, aku ini insan yang kerdil lagi fakir.....sedikit sekali amalan aku... harap tidak ditolak.


Nikmat melihat boleh jadikan kita samada insan yang bersyukur atau yang kufur.