Monday, November 15, 2010

Hari Arafah

Alhamdulillah.....pesanannya telah menguatkan niat hati ini untuk tidak biarkan hari esok (selasa, 16hb oktober 2010) berlalu macam hari-hari biasa sahaja. Kerana…esok adalah hari penting….HARI ARAFAH….9 Zulhijjah. Banyak fadilatnya…kalau tak ‘ambil peduli’….…rugi besar!

Kalaulah dulu aku boleh bersengkang mata stay-up study nak exam….boleh berhabis duit untuk membahagiakan orang tersayang, boleh drive jauh sikit (arah tepi laut) asal dapat makan hidangan kegemaran (seafood)….tak kanlah esok aku ‘malas’ untuk dapatkan ganjaran yang lebih best dari itu?

Ringkasnya, esok adalah HARI ARAFAH. Esok, kita kena PUASA. Fadilatnya sangat besar sehingga dapat MENGGUGURKAN DOSA-DOSA SELAMA SETAHUN YANG LALU DAN SETAHUN YANG AKAN DATANG. Tawaran untuk dapat 2 tahun ‘dosa-free’ (bebas dosa). Allah ampunkan dosa hamba-Nya selama dua tahun berturut-turut. Wow!

Aduhai….kemungkinan selama ini kita lebih beranggapan bahawa fadilat IBADAH HAJI itu hanya ‘eksklusif’ untuk para jemaah haji sahaja……wal hal, Allah Maha Pemurah turut ‘tawarkan’ ganjaran besar kepada mereka yang tinggal di tanah air masing-masing dalam musim haji macam sekarang ni.

Mungkin juga, ‘promosi’ tentang tawaran dari Allah tu tak berapa meluas! Atau tak cukup publisiti! Atau kurang cekap para ‘salesman’ kita (pendakwah, pihak berwajib, media dan individu perseorangan) untuk buat pengumuman bahawa….

1. Allah Maha Penyayang. DIA tahu kita sering bertungkus lumus cari peluang buat pahala dan elak dari terjebak dosa. Bulan Ramadhan lalu kita dah pulun habis…macam-macam peluang dapat pahala dan keampunan dari Allah kita cuba rebut. Kini, di musim haji, sekali lagi Allah buat tawaran besar-besaran untuk beri pengampunan kepada kita semua (bukan untuk para jemaah haji sahaja). Jangan dilupa pula peluang pengampunan ‘setiap hari’ jika kita istiqomah bangun solat di penghujung malam.

2. ‘Promosi’ tentang tawaran Pengampunan Dosa dari Allah banyak yang salah guna ‘tag-line’. Asal masuk Ramadhan saja…maka ‘dinampakkan’ kesempurnaan AIDILFITRI bila dapat balik kampong, pakai cantik-cantik, banyak botol biskut raya atas meja, dan alunan syahdu lagu raya menyayatkan hati….(errr…kalau saya, suka sangat lagu SEPASANG KURUNG BIRU). Dan bila nak AIDILADHA saja, semua lebih bertumpu kepada fadilat ibadah korban sahaja.

3. Kena sangat kita hidupkan ‘roh’ musim haji ni dalam setiap jiwa tak kiralah siapa orang tu. Kerana ia adalah peluang untuk kita semua dapat keampunan dari-NYA. Kalau nak diringkaskan keistemewaan yang Alah tawarkan pada hari esok (16hb Oktober 2010, 9 Zulhijjah), HARI ARAFAH, adalah…
(a) HARI MAGFIRAH – Allah berjanji akan menggugurkan dosa-dosa hamba-Nya setahun sebelum dan setahun yang akan datang.
(b) MUSTAJAB DOA – esok! Allah mendengar dan memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu, mintalah apa sahaja dari Allah.
(c) TERLEPAS DARI SEKSAAN NERAKA – esok juga, adalah hari paling ramai Allah membebaskan hamba-hambaNya dari seksaan neraka. Namun, semuanya bersandarkan pada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.
(d) TURUN RAHMAT – Esok! Hari akan turunnya rahmat yang mencurah-curah. Sebab nabi Muhammad SAW pernah menyatakan. Hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan akan jadi lemah hanya kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekelian hamba-Nya yang beramal soleh.
(e) IBADAH PUASA YANG PALING DIMULIAKAN– tidak ada hari yang Allah paling muliakan ibadah puasanya melainkan puasa pada bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.

4. Sebagai panduan, kita kena tahu bilakah ‘time’ yang mustajab doa di hari Arafah. Kalau boleh kita lapangkan diri dari apa sahaja urusan seharian. Waktu mustajab doa adalah bila masuk malam 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 9 Zulhijjah (kiranya petang ni kita dah kena ‘stand-by” lah!). Kalau di Arafah, waktu ini yang dikatakan waktu kemuncak. Jemaah haji akan bertalbiah, berzikir, membaca Al-Quran dan menjaga adab dan pantang sepanjang ihram.

5. Macamana nak berdoa? Apa nak minta dari Allah?
Sebaik-baiknya doa dimulakan dengan ‘sayiidul istighfar’ iaitu :
“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-MU daripada kejelekan yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau”.

Lepas tu…mintalah apa sahaja dari Allah sesuai dengan kehendak dan keperluan diri. Keutamaannya mintalah Allah panjangkan umur, sentiasa dalam kebaikkan, murah rezeki, doa minta kerukunan dan kebahagian rumahtangga, doa dapat jodoh dan sebagainya. Selain berdoa untuk diri sendiri…jangan lupa untuk mendoakan saudara mara…sahabat handai dan semua muslimin & muslimat lain, khusus yang sedang ditimpa ujian (musibah).

6. Pesanan nabi kita, doa yang paling baik dibaca adalah :
Daripada Musa bin Ubaidah, daripada Ali bin Abu Talib r.a. Rasullullah SAW bersabda, “Doa yang paling banyak yang aku pohonkan pada hari Arafah adalah doa para Nabi iaitu”
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu untuk-Nya, kepunyaan-Nyalah segala kerajaan dan pujian dan Dia amat berkuasa atas segala-galanya.
Wahai Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada telingaku cahaya, pada penglihatanku cahaya.
Wahai Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada was-was dada dan fitnah kubur dan urusan yang tidak teratur.
Wahai Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang datang pada waktu malam dan kejahatan yang datang pada waktu siang dan daripada kejahatan yang dibawa oleh tiupan angin dan daripada kejahatan tahun”.

Oleh itu, rebutlah tawaran mendapat Pengampunan dari Allah ini. Betapa Maha Pengasihnya DIA, kerana kita diberi peluang untuk ‘deletekan’ nama kita daripada menyertai senarai panjang ahli neraka. Allah beri keampunan dosa sepanjang tahun ini (2010) dan ‘advance’ keampunan dosa setahun untuk tahun depan (2011). Nikmat ni belum tentu kita mampu capai jika diharapkan pada kemampuan dan kualiti ibadah seharian kita kini.
Kesal ‘nanti’ kalau kita tak ambil peluang ni….kita puasa ya esok?


WASSALAM

No comments:

Post a Comment