Sunday, September 26, 2010

26/9/2010


Hari tu bila ayah sebut 26/9/2010 haziq cepat2 berdehem ….. ayah tanya kenapa? Haziq cepat2 tanya ayah , ayah tak ingat ke 26/9/2010 hari apa atau ayah saja2 buat tak ingat. Hari anak ayah keluar kepala.

Haziq ibu nak ucapkan selamat hari lahir pada haziq . Dah 17 tahun haziq jadi anak ibu….haziq dah besar dah pandai membezakan baik dan buruk. Ibu harap haziq jadilah anak ibu yang baik dan pandai menghormati ibu dan ayah, orang2 tua dari haziq. Dan jadilah seorang abang yang bertanggung jawab pada adik haziq Wann.

Bila masa raya haziq minta ampun pada ibu dan ayah. Ibu cakap ibu ampunkan semua kesalahan haziq. Tapi haziq bukan hari raya aje ibu akan ampunkan haziq tiap2 hari ibu akan ampunkan semua kesalahan haziq ibu tak nak haziq tergantung, ibu tak nak menyukarkan perjalanan hidup haziq, ibu tak nak menyempitkan laluan haziq.

Haziq bersediakah haziq untuk menempuh semua ujian dan dugaan yang mendatang?… bersedia atau tidak tetap haziq akan tempuhinya untuk sampai ke destinasi sebenar kehidupan . Haziq seorang anak yang baik yang banyak memberi semangat pada ibu

Haziq seandainya ibu dan ayah tak ada lagi dapatkah haziq menjaga adik haziq dengan baik, dapatkah haziq menjadi wali yang benar. Imam yang baik yang boleh memberi comman dan teladan yang baik. HAziq ingat masa haziq kecik bila haziq nak sembahyang dengan wann haziq cakap biar haziq yang jadi comman pada wan…… HAziq jadi imam yang meniru bacaan cikgu Wan Hassan akhirnya wann dan ibu ketawa tak dapat ditahan2 lagi… batal sembahyang kami....haziq...haziq.

Haziq kalau Allah mengizinkan, tahun hadapan haziq akan melanjutkan pelajaran dan seterusnya akan bekerja….. ketika haziq berada diatas jangan lupa rumput di bumi, ketika haziq berada didarat jangan lupa ada ikan dilaut. Janganlah haziq lupa asal-usul haziq.

Haziq ibu minta maaf pada Haziq apa yang kita rancangkan tidak menjadi. Tapi ibu berjanji dikesempatan yang lain akan ibu tunaikan. Haziq, kita merancang tapi Allah ada rancangannya sendiri.

Ibu juga minta maaf dari haziq seandainya ibu sendiri ada buat salah pada haziq, maafkan ibu janganlah biarkan ibu disoal disana nanti atas tidak tanggung jawab ibu.

Saturday, September 18, 2010

Raya lagi...

Pagi ni bangun selepas solat subuh bukak fb, dapatlah chat dengan beberapa orang pagi ni. Dalam pukul 7 lebih terperanjat aku, Ajai on9....dari Sydney terus berchat dengan ajai rasa sebak sangat hati ini. Tak tahu macamane perasaan ni datang. Sambil berchat aku menangis teresak-esak. Bila pikir balik kenapa aku menangis, biar aku saje yang tau....


Hari ni kawan dari Muar datang beraya dengan anak2nya. Ingat nak masak speggeti tapi dia nak nasi goreng kampung. Apalah ko ni fille tak de benda lain ker yang ko nak, kan hari raya. Lagi senang.....

Datang dengan anak2nya seronok budak2 tu. Dah lama tak jumpa .... makan nasi goreng dengan telur mata lembu, tapi tak lama sebab dah malam. Jadilah Datang pun dah malam....tunggu dari siang.

Kakakku Kak Dah datang sekeluarga tapi tak dapat melayan sangat sebab ada tetamu lain, bila tetamu dah balik barulah dapat bersembang .... jenuh juga melayan tetamu tapi seronok.

Tapi aku masih lagi tak dapat beraya kemana2.....banyak tugas yang kena selesaikan sementelah suamiku pula kena bekerja tu yang tak boleh nak pergi beraya.

Wednesday, September 15, 2010

Lepas raya

Alhamdulillah masa bergerak begitu pantas, hari ini dah raya yang ke6. Hari ini baru duduk rumah dalam erti kata yang sebenarnya. Selama 5 hari berulang-alik kerumah agam keluargaku kerana abang dan kakakku yang balik beraya berkumpul. Balik rumah untuk tidur dan mandi aje.

Ini bukan kerana hari raya aje, tapi berlaku bila mereka semua balik ke kampung. Seronok walaupun mak dan abah dah tak ada lagi tradisi balik kampung tetap diteruskan.....Alhamdulillah. Mudah2an ianya akan terus kekal.

Ha... baju yang dibasuh tak berlipat penuh dalam bakul mengunjung. Ini pun tradisi juga kalau dia orang semua balik. Mana boleh duduk dirumah, yang pasti anak2 turut tak balik rumah. Aduhai....poning kepale den, dapur pun memang tak berasaplah. Bukan senang nak berkumpul. Kalau diaorang balik aku mulalah tak boleh diam kat umah...panas. Lepas mandi aku terus rumah sana. Balik karang untuk mandi petang dan lepas solat maghrib pergi lagi. Malam balik kadang2 kul 1 pagi terus tidur itulah rutin kalau semua berkumpul.

Masak.....Kak Sham(kak ipar) dan Kak Nani dibawah selia Mr Md.Puzi ass. chef dan ketua chef sapa lagi kalau bukan Mak Mon. Terima kasih pada semua hidangan kali ini yang sungguh lazat....puji sikit nanti lain kali dia orang akan masak yang lagi sedap....

Ini jenuh nak menghabiskan melipat kain .....baju raya belum basuh lagi..aduih!!!! fenin...fenin. Malam pula dah bukak ofis, nak buat macamane.....

Sunday, September 12, 2010

Reunion




























Dah masuk hari Raya ke2 cepat masa berlalu, hari yang ditunggu2..... tak sabar rasanya. Hari ini ada perjumpaan dengan kawan2 yang lama tak pernah berjumpa ada yang hampir 20 tahun. Memang tak sabar rasanya, tak pasti siapa yang boleh datang. Maklumlah masing2 semua dah berkeluarga dan ada anak kecil. Tapi ada juga yang belum sampai jodoh mereka lagi Suhaila, Suria dan Siti Hajar. Suhaila dan Suria mungkin ada tapi Hajar tidak balik beraya di Segamat kerana dia berada di Sydney.

Perjumpaan ini terjadi disebabkan Facebook .....ada baik n buruknya facebook ini. Rata2 yang berjumpa di fb ini mencetuskan idea untuk berjumpa. Terima kasih buat suamiku yang beri ruang untuk aku berjumpa dengan kawan2 lama. Pagi2 dah caskan bateri camera .... terima kasih bang.

Dapat kerjasama dengan wann untuk siap2. Letakkan camera dalam handbag, ambilkan kasut segala macam wann yang buat...macam dia yang terlebih excited. Anak saudaraku zura, wawa dan wann yang hantar ke KFC tempat perjumpaan yang di janjikan.

Sampai jer dah nampak kereta Sue dah ada, sue call dia dah ada kat tingkat atas. Sue dengan Intan dah sampai seronoknya. Yang lain belum sampai lagi selepas tu Leda sampai. Ya Allah macam2 cerita ada. Seronoknya macam balik ke zaman sekolah.

Masa tu nak dijadikan cerita masa nak ambil gambar tiba2 on camera tak menyala ha..sudah, tengok bateri tak ada. Adoyai.... frust sangat macamana ni. Telefon suami, angkat aje terus dia cakap bateri tertinggal eh!!!. Alamak macamane ni!!! Suruh hantar nasib baik nak...kalau tak mesti x ada kenangan.

Sementara yang lain datang Suria, Maznita, Azah,Rosyati datang dengan anak2 dan yang akhir Norhayati. Akhirnya suamiku datang siap ambilkan gambar mungkin kalau dia tak datang gambar pun tak banyak yang disnap kerana sibuk bercerita. Inilah peluang yang diberikan oleh suami2......terima kasih buat suami kawan2 yang membenarkan kami merelisasikan impian kami tercapai.

Selepas berborak tanpa order makanan pun kami beredar nak beraya rumah Fariza, sebab dia baru sampai dari Kemaman. Rasa2nya kalau ada maneger KFC kat situ ajer kene halau. Rugi bukan makan tapi berborak aje....lepas tu blah. Hish...... tahun depan boleh buat lagi. Masuk takun ke3 memang pekerja KFC memang boleh cam, siang2 dah kena halau. Sampai rumah Fariza ada kejutan.....Ustazah Jamilah ada!! Tak sangka dah 20 tahun tinggalkan sekolah dapat jumpa balik cikgu.

Dari ruimah Fariza terus pergi rumah Norhayati Abu( Noi) di Gelang Cincin. Seronoknya dapat berjumpa.....mulalah masing2 dengan gila2nya.... Dah nak mahgrib apa2 pun kena habiskan juga berjalan sebab kalau dah balik rumah masing2 jangan harap lah dapat nak jalan macam ni lagi. Lepas ni ada sebuah rumah lagi yang perlu singgah, rumah Atie.

Dalam perjumpaan ni yang paling syok bercerita Suria lah sebab dia duduk jauh di Lawas, Serawak. Banyak benda yang nak diceritakan. Suria masa sekolah pun terkenal dengan suka buat lawaknya..... Beraya rumah Atie makan soto dan sate.

Lepas rumah Atie masing2 balik nilah saat yang sedih berpisah dengan kawan2 balik. Maklumlah bukan senang nak jumpa. Walau yang duduk satu tempat pun bukan senang nak jumpa. Akhir sekali masing2 nak adakan Reunion yang ke2 tapi tak tau lagi. Harap2 lepas ni makin ramai lagi yang akan menyertai. Tapi untuk mengumpulkan bukan senang, sebab masing2 punya komitmen sendiri.

Memang perjumpa kali ini memang sungguh seronok...Entah akan datang dapat jumpa lagi ke tidak. Harap2 lain kali dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi termasuk cikgu2. Mudah2an Allah makbulkan doa kami.

Saturday, September 11, 2010

Hari raya




Selamat Hari Raya .....

Semalam tak sempat nak update blog sibuk ber Hari Raya. Alhamdulillah Allah beri kesempatan menunaikan solat sunat Aidil Fitri berserta solat sunat dhuha walaupun solat sunat dhuha menjadi amalan tapi hari ini terasa begitu berlainan perasaan, syahdu, pilu dan hiba sekali. Selapas sembahyang raya memang menjadi amalan bersalaman bermaafan.

Aduhai sedih bila anak2 dah pandai meluahkan perasaan......
Haziq bersalaman dengan ayahnya sambil menangis..... "Ayah, Haziq minta maaf halalkan makan dan minum Haziq....Haziq banyak buat salah dengan ayah, banyak melukakan hati ayah, Haziq anak yang tak tahu bersyukur maafkan Haziq ayah....."

"Ibu maafkan haziq ibu, halalkan makan minum haziq... haziq banyak melukakan hati ibu. Haziq tak bersyukur ibu.... haziq suka melawan cakap ibu, haziq tak dengar cakap ibu. Maafkan Haziq ibu... Selamat Hari Raya..... doakan haziq" Aduh! tak tahan aku, bila anak2 mohon maaf dipagi raya.

Begitu juga dengan wann...." Ayah, wann minta maaf halalkan makan minum wann. Wann selalu buat ayah marah dan melukakan hati ayah....."sambil menangis tak dapat meneruskan ucapannya.

Begitu juga bila wann bersalaman denganku...."Ibu wann minta maaf pada ibu, halalkan makan minum wann dan selama ini wann banyak melukakan hati ibu, suka melawan cakap ibu, ampunkan wann ibu...Selamat Hari RAya"

Ya Allah budak zaman sekarang ni boleh luahkan, masa kecik2 dulu malu nak cakap macam tu nak peluk mak pun malu.

Part suamiku dan aku tu biasa seperti orang lain juga yang minta maaf. Yang syoknya dalam sampul duit raya yang diberi oleh suami ku terselit top-up sukanya.... Terima kasih abang....
Sebenarnya hati ni sedih saja buat suka2.

Thursday, September 9, 2010

Say Thank you

Say thank you, Allah!

Count your blessings.......
Do not cry if you don't have a pair of shoes,
for they are others who may not have a foot

Count your blessings.......
Do not whine if you do not have a car to drive,
for they are others who may not have legs to walk

Count your blessings........
Do not complain if you have been diagnosed with chronic illness,
for they are others who just died without a chance to say goodbye.....

Ingatan

Ingatan Buat Anak-anakku;


Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih kalimah dari pusaka para nabi2 yang lalu, sabda mereka :

1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang,beribadah kepada Allah swt, maka jagalah baik2 fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3.Apabila engkau berada ditengah2 majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).

4.Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5.Ingatlah kepada Allah SWT

6.Ingatlah akan mati.

7.Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8.Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Sajak Aidil fitri

Sejenak hatiku mula tersungkur,bila terkenang mak yang dah tidak ada lagi.

Di Aidil Fitri ini,

Aku disini penuh kerinduan,

hanya pusaramu tempat melepas kerinduan

Walaupun anakmu berada di dunia yang berbeza namun dihati tidak pernah ku lupa.

Wajah mak, tutur kata , tetap bermain dalam benak fikiranku.Menjadi penyubur semangat

hidupku.

Walau selaut ku curahkan baktiku, Walau segunung kutabur jasaku, namun takkan dapat

kubalas.

Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu mak salam sayang moga mak tenang di Negari abadi mak.

Doa dan restu kupohon darimu agar di mudahkan laluan hidupku, menempuh dugaan didunia

sementara ini.

Alangkah rindunya belaian kasihmu,

Alangkah indahnya mutiara kata mu,

Ingin rasanya bertemu kembali,

kenangan dahulu yang seharum mewangi


Seketika aku terpaku bila mengingatkan abah juga telah tiada.

Abah, sayu dan pilu hati ini bila mengenangkan

Mak dan abah di dunia yang berbeza

kerinduanku yang tidak berpenghujung

pasrahku, doaku agar berbahagialah disana


Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal
dunia"