Thursday, September 9, 2010

Hari Ke-30 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

"Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...Ameen..."

Hikmah Ramadhan :

"Memiliki Pengaruh Besar Bagi Kesihatan Secara Umum...Pada puasa itu terkandung kesihatan yang besar dengan semua maknanya, baik kesihatan badan, perasaan, maupun rohani."


Kesilapan Berpuasa :


Tidur terlalu kerap atau terlalu lama. Walhal waktu ini boleh kita gunakan untuk membuat kabajikan dan amal ibadah sama ada kepada Allah mahupun manusia...Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti mendapat ganjarannya.

Tidur hanyalah menurut kepuasan nafsu sahaja sedangkan pada bulan Ramadanlah kita dikenhendaki supaya bersabar. Hukum tidur terlalu kerap menyebabkan kita makruh puasa.

Hadis & Al-Quran :

"Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah." - (Sahih Bukhari & Muslim)


Mutiara Kata :

"Jika engkau berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara terus-menerus" - Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

No comments:

Post a Comment