Tuesday, August 31, 2010

PROJEK MEGA


Ramadan bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan.
Ibadah puasa pada bulan Ramadan adalah satu Projek Mega
tahunan yang ditawarkan kepada seluruh umat Islam.
Projek Mega ini tanda kasih sayang
Allah SWT kepada umat manusia mukmin
agar mereka meraih sebanyak-banyaknya
manfaat di bulan Rahmadan.
Bulan yang dipenuhi kerahmatan,
keampunan
dan pelepasan api neraka untuk
hambanya yang bertaqwa.
Kita merancang dan
Allah merancang dan
sesungguhnya perancangan Allah
itu sempurna dan Maha Hebat.
Dah datang 10 malam terakhir Ramadhan,
bagaimana amalanku,
puasaku,
pengabdianku pada-Mu
Ya Rabb...
Adakah ianya Ramadhan yang terbaik buatku
Cukupkah .....Terawihku,
Taubatku PadaMu,
Tahajudku,
Hajatku,Witirku, Dhuhaku,
Ya Allah ...
janganlah yang sedikit ini Kau tolak Ya Allah.
Layakkah aku uantuk mendapat maghfirahMu

HARI INI JIKA IA DATANG JANGAN
JANGAN BIARKAN IA BERLALU PERGI
HARI INI JIKA IA DATANG BERTANDANG

JANGAN HARAPKAN IA DATANG KEMBALI

Ucapan Menjelang Syawal

Taqabbalallahu Minna wa Minku Wataqabbal Ya Karim.

Kullu Amin Wa Antum Bi Khair........






Kepada yang mengenali diri:

Sebening Embun......

Selembut Sutera....

Seputih Kapas.....

Perkataan Indah Adalah
ALLAH.....


Lagu Merdu Adalah
ADZAN.....


Media Terbaik Adalah
Al-Qur'an....



Senam Sehat Adalah
SOLAT.....


Diet Sempurna Adalah
PUASA....


Perjalanan Indah Adalah
HAJI.....


Khayalan Yang Baik Adalah Ingat Akan
Dosa-dosa dan Taubat....

"MINAL AIDIL WAL FAIDZIN"...

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN....
.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Ke-21 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

"Ya Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan, Wahai Pemenuh keperluan orang-orang yang meminta...Ameen..."


Hikmah Ramadhan :


"Antara Ramadan ke Ramadan, antara terawih ke terawih, dan antara solat ke solat 5 waktu yang seterusnya, adalah pengahapus dosa di antaranya, selagi tidak dilakukan dosa-dosa besar..."


Kesilapan Berpuasa:


Sebagian orang, bila datang bulan Ramadhan mereka bertaubat, solat dan puasa. Tetapi jika bulan Ramadhan telah berlalu mereka kembali lagi meninggalkan solat dan melakukan berbagai perbuatan maksiat. Alangkah celaka golongan orang seperti ini, sebab mereka tidak mengetahui Allah kecuali di bulan Ramadhan.

Tidakkah mereka mengetahui bahwa Tuhan bulan-bulan pada sepanjang tahun adalah Satu jua? Bahwa maksiat itu haram hukumnya di setiap waktu? Bahwa Allah mengetahui perbuatan mereka di setiap saat dan tempat? Fikirkanlah...


Hadis & Al-Quran :


"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah" - Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar


Mutiara Kata :

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Monday, August 30, 2010

Hari Ke-20 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min…Ameen…”


Hikmah Ramadhan :

“Puasa dapat melatih kita supaya lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Pada waktu inilah nikmat makan itu ditarik buat sementara dan hikmahnya kita akan lebih menghargai rezeki yang dikurniakan-Nya…”


Kesilapan Berpuasa :


“Ada yang berpuasa namun tidak menjaga matanya dari memandang unsur-unsur yang tidak patut untuk dilihat. Sepatutnya dalam bulan baik lagi mulia ini, jagalah mata kita sebagaimana kita menjaga puasa kita sendiri. Ingatlah bahawa ia akan membawa kita kepada kemaksiatan…”


Hadis & Al-Quran :


Anas r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda; “Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu.” - Riwayat Al-Azdi & Addailami


Mutiara Kata :

“Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.” - Imam Syafi’e

Sunday, August 29, 2010

Maghfirah Mu


Wahai hati ......
Berjanjilah dengan
Ramadhan,

Segala rahmat &
maghfirah
yang terperah
dari-Mu
Bukan kerja sia-sia,
bukan
jua hiasan sementara ....
Biar tersemai,

kukuh ... ampuh dilubuk
sanubari,
Buat menempuh hari-hari

mendatang.

Andai jiwa tidak lagi

bertemu-Mu.....
Salam rindu teramat aku
buat-mu ....
Semoga lelahku
di
malam-malam-Mu,
Bisa sahaja buat aku tersenyum
bila bersua

Tuhanku ...

Rabbul Alamin ....



"Ya Allah,
Memadai aku merasa bahawa
Engkau Tuhan
bagiku

dan memadailah aku
merasa
bangga
bahawa
aku
menjadi hamba-Mu.
Engkau yang aku cintai
maka
berilah aku taufik
(agar
dapat melakukan perkara -
perkara
Yang Engkau cintai)."


Luangkan Masa..Renunglah Sejenak…..




Kalaulah engkau sedar akan mati…, engkau akan bersedia untuk hadapinya.

• Jika engkau tahu tentang negara abadi itu…,nescaya engkau akan berusaha di dunia ini untuk dapatkan hasilnya di sana.

• Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba…, nescaya tiada penangguhan dalam urusan agama mu.

• Jika kamu belum pasti apakah syurga dan neraka itu tempatmu…, nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa, nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.

• Jika kamu kenal diri mu sendiri…, pastinya tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain, apalagi untuk menceritakannya.

• Jika kamu tahu setiap yang haram itu neraka padahnya…, nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.

• Jika kamu tahu penderitaan akhirat…, nescaya penderitaan didunia ini tidak menyusahkan kamu.

• Jika kamu tahu betapa nikmatnya syurga itu, kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia ini.

Ingatlah…. “sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali”

Oleh itu, aturlah langkah seribu takwa kerana hari esok mungkin tidak secerah yang disangka….

Wallahua’alam

Hari Ke-19 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari keterimaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang…Ameen…”

Hikmah Ramadhan :

“Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu…”

Kesilapan Berpuasa :

“Mandi dengan terlalu lama dan mandi pada ketika hendak berbuka…Amalan seperti ini bukannya salah tetapi menyebabkan kita kehilangan hikmat dan penghayatan puasa itu sendiri…Mandi terlalu lama hukumnya makruh…”

Hadis & Al-Quran :

“Demi Allah yang diriku dalam kuasa-Nya, kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sebelum kamu cinta-mencintai dan sayang-menyayangi satu sama lain” - Hadis Riwayat Muslim


Mutiara Kata :

“Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah” - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saturday, August 28, 2010

Kelebihan Seorang Wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


p/s: Petikan dari fb....

"Ya Allah hambaMu ini mohon rahmat dan kasih sayangMu..."

Hari Ke-18 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan:

“Yaa Allah! Sadarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin…Ameen…”


Hikmah Ramadhan :


“Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan…”


Kesilapan Berpuasa :


“Berpuasa semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja…Pada bulan ini kita sepatutnya memenuhinya dengan aktiviti ibadah dan amalan yang jarang kita lakukan pada bulan yang lain…”


Hadis & Al-Quran :


“Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim” - Riwayat Abu Daud


Mutiara Kata :

“Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti” - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ujian Hidup

From the album: SUDI2KAN MELUANGKAN MASA ...
By Arzuhana Md Zain
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


p/s: n3 ini menunjukkan bertapa manusia ini Allah ciptakan dengan ujian yang berlainan. Sedangkan ujian yang Allah berikan pada kita, kita rasa ujian ini yang paling hebat. Tapi bila kita melihat penderitaan orang lain pasti kita berkata ujian kita jauh lebih mudah.

Itulah hakikatnya kehidupan yang Allah rencanakan setiap ujian diatas kesanggupaan umat itu sendiri. Namun kadang2 kita tewas dengan ujian yang Allah turunkan.

"Ya Allah, hambaMu yang lemah lagi hina ini redha diatas ketentuan yang telah ditetapkan keatas ku. Redha dan pasrah ku jadikan ia benteng untukku menjadi kuat dalam menjalani tiap langkah kakiku. Jadikan perhentianku, perhentian yang membahagiakan..."

Friday, August 27, 2010

Hari Ke-17 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci…Ameen…”


Hikmah Ramadhan:


“Ganjaran ibadah pada bulan ini akan dilipat-gandakan. Ada pendapat ulamak mengatakan solat sunat bersamaan solat wajib ganjaran pahalanya dan solat wajib pula bersamaan 80x ganjaran pahala solat wajib dibulan yang lain. Satu huruf al-Quran dibaca pula bersamaan khatam al-Quran sekali pahalanya hanya di bulan Ramadhan..”


Kesilapan Berpuasa :


“Terlalu banyak menonton televisyen dan aktiviti hiburan. Ini boleh menyebabkan umat Islam leka akan erti sebenar puasa itu sendiri dan hikmah Ramadan itu tidak dapat dihayati sepenuhnya…”


Hadis & Al-Quran :


“Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah.” - Sahih Bukhari & Muslim


Mutiara Kata :

“Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah” - Saidina Ali bin Abi Thalib

Hari Ke-16 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat.Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam…Ameen…”


Hikmah Ramadhan :


“Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati…”


Kesilapan Berpuasa :


“Melakukan pembaziran dalam berbelanja termasuklah menyediakan juadah berbuka puasa kerana ia adalah perbuatan keji di sisi Allah s.w.t…”


Hadis & Al-Quran :


“Sesempurna-sempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya.” - Hadis Riwayat Muslim


Mutiara Kata :

“Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.”

Wednesday, August 25, 2010

Hari Ke-15 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut…Ameen…”


Hikmah Ramadhan :


“Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah…”


Kesilapan Berpuasa :


“Masyarakat lebih memberi tumpuan untuk menyambut hari raya walaupun Ramadan belum kunjung tiba. Masing-masing sudah sibuk untuk menukar perabot, langsir, permaidani dan kalau boleh segala-galanya nak baru. Bahkan, golongan wanita juga sudah sibuk menempah biskut raya.

Ini merupakan satu kesilapan besar yang boleh mengikis penghayatan terhadap fadilat dan keberkatan Ramadan.”


Hadis & Al-Quran :


"Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik - Hadis Riwayat At-Tarmizi"


Mutiara Kata :

“Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran -Imam Hasan Al-Askari”

Tuesday, August 24, 2010

Hari Ke-14 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin…Ameen…”

Hikmah Ramadhan :

“Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa…”

Kesilapan Berpuasa :

“Berdasarkan sejarah perayaan dalam Islam dan konsep sambutan yang bagaimana yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam harus berhati-hati agar tidak melakukan pembaziran dalam berbelanja termasuklah menyediakan juadah berbuka puasa kerana ia adalah perbuatan keji di sisi Allah s.w.t….”

Hadis & Al-Quran 14:


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” - Hadis Riwayat Muslim

Mutiara Kata :

“Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat - Saidina Umar bin Al-Khatab’

Monday, August 23, 2010

Hari Ke-13 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin….Ameen…”

Hikmah Ramadhan :

“Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita….”

Kesilapan Berpuasa :

Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah…..”

Hadis & Al-Quran :

Rasullullah SAW telah bersabda: “Org yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”


Mutiara Kata :

“Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya” - Imam Syafi’

Sunday, August 22, 2010

Shopping





Semalam pergi ke Melaka, untuk keperluan raya anak2. Entah ek!! Nape kali ni x ada perasaan nak raya..... Semalam pergi x ada satu pun untuk keperluan diri..Opp ada sepasang kasut hitam. Lain2 x der.

Janji dengan Sue... nak pegi shopping tunggu di DP (Dataran Pahlawan), dapatlah keperluan mereka sementara menanti Sue datang.... Akhirnya Sue tiba, jalan2 lepas tu
kami pun pusing2 mencari keperluan yang lain,Sue pun sama bershopping
raya dengan bergayanya.

Selepas DP kami sepakat nak ke Jaya Jusco Baru sebelum tu singgah diMasjid Selat yang terlatak di Banda hilir, Melaka. Dah beberapa kali pergi ke Melaka nak singgah tapi tak
berkesempatan tapi kali ini dengan izin Allah dapat solat di Masjid Selat sama-sama dengan Sue sekali. Alhamdulillah Allah perkenankan apa yang saya pohon.

Terus ke JJ, sambung shopping, tapi yang paling banyak shopping disini ialah Sue.
Sampai tak sedar dah pukul 6 lebih, la nak buka kat mana ni. Sempat ke???
Keluar dari JJ terus cari tempat makan ......entah kat Jalan Malim
agaknya.......Alhamdulillah......kenyang.

Lepas tu terus singgah rumah Sue, tumpang solat tapi perut kenyang mata mulai
mengantuklah pulak.....ditahankan mata untuk berborak dengan Sue...
cakap ngan suamiku supaya dia tidur sekejap bagi menghilangkan kelat menghantuk.
Dalam 15 minit.

Cukup kot......mula bertolak balik,.... masuk aje...dalam kereta mataku terus mengantuk....
aduih.........minta maaf ler.... dah tak tahan ......sedar2 dah sampai Tangkak
dengar mereka nak berhenti minum..dalam hati .... berkata janganlah mereka berhenti
aku mengantuk sangat ..... cari2 kedai semuanya penuh

Alhamdulillah, tak jadi berhenti..... sambung tido balik
sedar sampai Pekan Jementah..... kesian tengok mereka terpaksa menahan
mengantuk .......

Sampai rumah dekat pukul 11.30 kemas, sebelum tido buat solat sunat Terawih dulu baru
tido......

Hari Ke-12 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut….Ameen…”


Hikmah Ramadhan :


“Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah….”


Kesilapan Berpuasa :


“Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan walhal di penghujung Ramadhan itu sendiri terletaknya rahmat yang amat berharga bagi umat Muhammad SAW yakni malam lailatulqadar - malam yg lebih baik dari 1000 bulan..”


Hadis & Al-Quran :


“Barangsiapa bersembahyang Jemaah di waktu Isya’ maka seolah-olah dia berdiri bersembahyang setengah dari malam & barangsiapa solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia bersembahyang sepanjang malam.” - Hadis Riwayat Muslim


Mutiara Kata :


“Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya” - Imam Syafi’

Saturday, August 21, 2010

Hari Ke-11 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah, bersihkan diriku daripada kehinaan. Berikanlah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa kepada-Mu ya Allah…Ameen…”


Hikmah Ramadhan :

“Berpuasa dapat mendidik diri dan jiwa untuk mentaati segala suruhan dan larangan Allah….”


Kesilapan Berpuasa :

“Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja. Bukankah baik jika kita mengamalkannya juga di bulan-bulan yang lain. Ingatlah bahawa Allah tetap menjanjikan ganjaran terhadap ibadah yang dibuat walau bila masanya sekalipun…”


Hadis & Al-Quran :

“Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik”. Seraya Rasulullah saw menjawab: “Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal” - Hadis Riwayat Bukhari


Mutiara Kata :

“Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan.” - Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Jadi

Akak ingat dulu2 masa D kecik2 seorang adik yang sangat pendiam..... masa sekolah tadika. Balik aje dari sekolah awak akan duduk di tangga umah Lubok Batu sambil buat kerja sekolah. Kerja sekolah yang paling awak suka ialah matematik.

Awak ingat tak masa Hari Raya kita tak suka balik kampung rumah atuk sebab atuk selalu akan tanya pasal pelajaran....... no kawin ke tak(nombor kawin nombor dr 11 keatas, nombor 1-9 no x kawin). Lagi pun kita tak suka balik sebab jauh dan bila raya semua balik rumah kita seronok dapat gi raya dengan Kak Long, Linda, Zamani, Mona pegi kumpul duit raya.....
seronokkan waktu tu......tapi tu semua tinggal kenangan.

Awak ingat tak arwah mak suka sangat kalau dengar orang ada kutu dia akan cari kutu, lepas tu kalau dia jumpa ibu kutu dia akan letak ibu kutu atas kepala dia sebab nak suruh kutu tu beranak nak suruh kita cari. Sebab dia suka kita main kepala dia dan dia akan tidur. Nahaslah sapa yang ada kutu memang mak kerjakan. Kak Long (yanti) dan Adik (Linda) pada masa tu ada kutu akan jadi mangsa bila nampak aje kelibat pasti kena panggil. kadang2 bila mak panggil mereka dah menangis sebab tak nak mak cari kutu. . . sakit.

Kadang2 bila dia letak aje ibu kutu tu atas kepala kita akan berebut nak cari. Awak tau D akak kadang2 bila cari kutu tu belum bertelor lagi. Bila akak jumpa je ibu kutu tu akak geram ada yang akak amik akak tindas tak sempat ibu kutu nak bertelor...... Akak tau awak pun sama....

D, awak ingat tak masa kecik2 dulu kita belajar mengaji kat umah Kak Jan dengan Abg Amid. Masa tu Umah dia tak ada elektrik lagi pakai pelita. Bila lama 2 hidung penuh dengan jelaga. Bila nak balik Abg Amik akan hantar kita naik basikal. . . . Eeh best ek dulu..... Kita mandi sungai kat belakang, mancing ajak kak mon teman.

Ha.... bila cite pasal Kak Mon dulu kita kecik2 tido dengan Kak Mon. Bila ada orang meninggal kita paling takut sebab bilik kita kat tingkat atas memang nampak kubur. Kita akan bergaduh nak tido tengah2 sebab takut nak tido tepi..... kak mon bila kita gaduh mulalah cakap "ti ku ti ti yang tengah aku mamah, yang tepi aku titi" tah apa2 lah Kak mon ..... pastu kita tido kat tepi sebab takut kena mamah..... Kak Mon yang tido tengah...... Kita pejam bijik mata rapat2.

Itulah kenangan masa kecik2. Masa mengubah segalanya. Bila kita dah besar masing2 semua dah ada kehidupan sendiri. lagi2 bila mak dan abah dah tak ada timbul macam2 masaalah. Sedangkan dulu2 semuanya ok jer.....D kita masa dilahirkan kita tahu dia orang semua abang dan kakak kita ek....... Itulah abang long, itulah kak ngah..... dia orang pun tahu kita adik2 dia orang tapi sekarang ni kita orang asing dah jadi macam alien aje......

D, akak tak mampu nak bantu kesusahan awak..... apa yang akan mampu ialah doa untuk awak dalam tahajud akak untuk kebahagian awak. Awak adik akak, mana mungkin akak lupa pada awak...... macam mana pun awak ...... Akak nak awak telus dengan Allah, akak nak awak pandang ni semua ujian dariNya, akak nak awak menjadi seperti dulu.....D awak tahu akak kadang2 tercari2 kelibat awak. Tapikan bila akak nampak akak akan nangis sedih. Awak tahu, saat akak bertahajud yang buat akak menangis bila akak doakan untuk awak ..... kebahagian awak, kejayaan awak, kesenangan awak dan awak tahu kalaulah awak kaya ..... akak tak cemburu pun tapi kalau awak susah akak lagi susah hati...... tak boleh tidur malam .

D, apa pun sempena hari lahir awak hari ini akak doakan kebahagiaan awak milik awak, kita tak ada sapa2 kalaulah awak boleh menyelami hati akak, awak tahu la macam mana perasaan akak.
Akak pernah cakap dengan Abg Basri, apa yang selalu akan doakan kebanyakkannya Allah makbulkan tapi ada satu hal yang belum Allah makbulkan doa akak untuk awak. Kenapa ek???

Dan sempena hari ni juga akak nak awak mulakan hidup baru awak dengan lebih baik, delete mana2 yang tak elok, paste yang baru dengan jiwa yang baru semangat yang baru, azam yang baru. Carilah keredhaan ilahi jangan cari kemurkaan Allah. Binalah jati diri kerjalah dengan ikhlas dan redha kerana setiap sen yang kita dapat dari hasil akan dinilai. Kita semua Mendamba Redha ilahi.

Akhir kata dari akak , Selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki. Makin bertambah umur kita makin dekat dengan kematian....
sebagai seorang kakak, akak ingin melihat adik akak bahagia mana mungkin seorang akak nak melihat adiknya susah.
"Selamat Beramal di jalan Allah... !!!",
Bukan di jalan salah.
Yang lebih patut kita hargai pada kesempatan ini, pada ulang tahun awak ini.....
Mak, sebab dia telah mengandungkan kita selama 9 bulan............
jenguklah pusara dia tempat pulangnya dia
ucapkanlah " Terima kasih mak dan abah"
dengan doa2.

Terima kasih mak.............

"For carrying this kid and gave birth to him......
and giving birth to him to be my lovely my little brother......
that I always adore......and love.........."

Hari Ke-10 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

“Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan kemaksiatan dan kemungkaran-MU serta jauhkan aku dari menjadi fasik. Ya Allah bimbinglah aku ke jalan yang benar…Ameen…”

Hikmah Ramadhan :

“Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita….”


Kesilapan Berpuasa 10:

“Tidak mengeluarkan zakat fitrah. Ini merupakan kewajipan kita sebagai umat Islam dan sebagai pembangun ekonomi umat Islam keseluruhannya. Ramai yang mengambil remeh perkara ini walaupun nilai yang perlu dibayar tidak banyak - sekitar RM4.50 - RM5.50 sekepala, mengikut tahun dan negeri…”

Hadis & Al-Quran :

“Nabi s.a.w. bersabda; “Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik.” - Hadis Bukhari


Mutiara Kata :

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa. Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita. Dan kita diuji Allah dengan nikmatnya. Bersyukurlah…”

Thursday, August 19, 2010

IA UNTUK KITA

Isnin yang baru lalu saya di jemput menghadiri satu Tazkirah Perdana oleh Prof Kamil, Jemputan khas. Tazkirah untuk semua staff UiTM, namun disebabkan suamiku berkata tazkirah tu untuk staff saja jadinya dia malu seandainya nanti orang pelik melihat bini dia saja dijemput . . . . .

"Bang. . . . bang. . .bang!!! sepatutnya abang kena izin pergi kerana ianya jemputan dan suatu ilmu yang sangat2 memberi kesan dalam diri, tapi tak apa.... gerakan itu pun dari Allah ada yang tersirat disebalik yang tersurat . . . . .

Apa pun dapat juga tahu apa kandungan tazkirah yang prof sampaikan hari tu tapi walaupun tak sama yang didengar memadailah apa yang prof tulis ianya juga dapat dijadikan pedoman . . . .

Ia untuk kita

by Muhd Kamil Ibrahim on Tuesday, August 17, 2010 at 8:33am

Pagi semalam, UiTM Johor mengadakan Tazkirah Perdana. Tajuknya Ramadhan Datang lagi.

Bila perdana, maka seluruh staf pentadbiran diwajibkan hadir. Kedatangan diambil dan dimasukkan sebagai jam latihan. Maka penuh sesaklah dewan latihan UiTM Johor.

Saya tukar tajuk kepada Ramadhan datang lagi [!], [....] dan [?]. Bacalah mengikut tanda-tanda tersebut.

Sebelum subuh saya berdoa, “Ya Allah, aku mohon padaMu, jadilah apa yang ingin aku sampaikan sebagai ilmu yang bermanfaat”. Barangkali amalan bersolat sunat dan berdoa sebelum majlis-majlis yang perlu saya hadiri sudah sebati.

Saya fikir ia ilmu Allah yang dipinjamkan kepada saya. Kemudian – masyaallah – digunakannya kembali sebagai alasan untuk Dia membantu kita semasa di alam akhirat. Bukankah dinyatakan, manusia bila meninggal tinggal tiga perkara iaitu, anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah.

Saya mulakan dengan menayangkan gambar-gambar hujan ribut yang melanda Jasin, Melaka. Kemudian peristiwa hujan ribut 3 minit yang berlaku di Damansara pada bulan Jun yang baru berlalu.

Akhir sekali, saya memutar memori staf UiTM Johor tentang banjir besar pada 2006 dan 2007.

Tersirat, saya bertanya, “ada tak di antara kita yang bangun solat malam untuk mengingati Allah apabila melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku sangat hampir dengan kita. Ada tak yang bertaubat kerana terkesan melihat peristiwa tersebut?”

Ia bukan kisah di Pakistan.

Ia bukan kisah di Indonesia.

Jasin, adalah jiran UiTM Johor!

Dulu, kita selalu berbangga dengan kenyataan yang Allah memberi nikmat kepada bumi Malaysia. Kita tiada gempa bumi. Kita tiada bencana alam yang teruk-teruk. Kita aman…

Kemudian saya cuba kisahkan tentang bulan ramadhan. Benar, ia bulan ganjaran. Rebutlah ganjaran tersebut. Rebutlah!

Bagaimanapun saya cuba mengaitkan kisah sebulan berpuasa dengan latihan yang Allah berikan kepada kita. Saya bertanya,

“Kita bangun sahur jam 5 pagi…. ada sesiapa yang bersolat tahajud dua rakaat sebelum sahur?”

“Atau untuk isteri-isteri, sebelum memasak menyediakan hidangan sahur, ada yang berwudhu dan sujud kepadanya?

“Sebulan kita boleh bangun sahur, kenapa tidak kita teruskan pada bulan-bulan lain. Tidak payahlah bersahur kecuali Isnin dan Khamis tetapi kita lakukan solat malam di waktu bersahur. Alahai… jika solat dengan tertib, 6 rakaat hanya 30 minit”.

Itulah sebahagian yang boleh kita pelajari tentang sahur di bulan ramadhan.

Allah sudah nyatakan, tidak sama mereka yang berfikir dengan mereka yang tidak berfikir. Marilah kita berfikir dengan nama Allah.

Saya bercakap genap-genap sejam. Marilah kita lakukan kerana Allah [nota: Dia tidak memerlukan apa-apa dari hambanya]. Namun akhirnya ia untuk kita agar kekal selama-lamanya di syurga Firdaus.

......................................................


Ya Allah saya berazam juga untuk jadi yang lebih baik.......tapi tanpa bantuMu tidak aku tidak mampu Ya Allah!!!!!!

p/s: " Bang..... haziq n Wann mari sama2 kita renungkan ..... jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini .... sama2 kita berusaha untuk kearah tu!!!!!

Hari Ke-9 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

"Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat-MU. Berilah aku petunjuk dan ajar-MU. Bimbinglah aku menuju keredaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU...Ameen..."

Hikmah Ramadhan :

"Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya...."

Kesilapan Berpuasa :

"Semakin cepat marah. Kita sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar. Kalau kita lihat pada hari ini umat Islam semata-mata berpuasa hanya pada zahirnya sahaja..bukan dari segi rohani yang menuntut kita supaya banyak bersabar & bersyukur dengan rahmat-NYA..."

Hadis & Al-Quran :

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya." - Hadis Riwayat Muslim


Mutiara Kata :

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadipenjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." - Pepatah Arab