Saturday, July 31, 2010

Nasi Lemak Daun Pisang


Sebelum saya berpindah di Kg Gemereh. Saya sekeluarga duduk diKg Lubok Batu, Segamat. Disini saya saya berkawan dengan kawan yang sebaya dengan saya yang bernama Mazlina Abu Bakar yang di panggil dengan nama Cah. Cah mempunyai 6 orang adik-beradik yang ke semuanya perempuan. Cah merupakan anak yang ke4 kakak-kakaknya lina,adik,zai dan adiknya pula puza dan shima. Arwah bapanya dulu menjual nasi lemak daun pisang, sotong cucuk yang di letakkan di stesyen keretapi bandar Segamat. Memang terkenal dengan keenakkanya...... Ya Allah bila agaknya dapat rasa lagi keenakkan seperti itu. Ketika menulis ini seolah-olah terhidu aroma yang suatu ketika dulu ketika datang kerumahnya aroma ini yang selalu saya hidu. Subahanallah.

Saya dengan Cah sangat rapat begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Ayah Cah pagi-pagi akan mencari daun pisang hutan dan tugas kami menggelap daun pisang, Kak lina dan Adik akan mengunting daun pisang. Ayah Cah yang saya panggil Pak Bakar seorang ayah yang sangat tegas dan garang sehingga saya takut bertentang dengan dia.Itu pada pandangan saya , tapi sebenarnya arwah seorang ayah yang bertanggungjawab penyayang. Dulu saya selalu bermain di kawasan rumah mereka. Main belon aca, batu seremban, polis santri dan macam-macam permainan waktu zaman kanak-kanak lagi. Tapi apabila terdengar aje bunyi motor arwah Pak Bakar masing-masing akan lari memegang benda-benda seolah-olah kami buat kerja masa dia tak ada rumah....... masing2 akan rasa kecut perut bila Pak Bakar ada di rumah.....
'
Sesuatu yang saya tak lupa ialah pada suatu hari kami semua telah di' berleterkan' oleh PakBakar tak ingat pasal apa..... tapi kami ni semua suka main-main tu la yang selalu kena marah. Bila dia marah kami semua akan buat kerja, Kak Lina dengan Kak Adik akan gunting daun pisang. Saya, Cah dan Zai akan menggelap daun pisang pada masa tu adik-adiknya masih kecil lagi dikecualikan. Saya dan Cah mengelap sambil ketawa mengikek kecil tiba-tiba saya di marahi oleh Kak Adik ada sehelai daun pisang yang ditulis diatasnya mengunakan gunting " jangan main-main la bodoh"...... kami terus diam takut dimarahi lagi.

Inilah satu keluarga yang mewarnai kehidupan waktu kecil saya.....mengajar tentang erti usaha. Tentang erti tolong-menolong...

Kepada Roh Arwahyarham Abu Bakar dan Kak Adik (Mazura Bte Abu Bakar),

" YaAllah Engkau ampunilah mereka, Engkau tempatkan mereka ditempat-tempat orang-orang beriman dan beramal soleh. Engkau temukan dan himpunkan mereka semua didalam SyurgaMu Ya Allah"

Thursday, July 29, 2010

For The Rest of My Life

For the Rest of My Life

Lagu yang menyentuh perasaan, alahai............syahdunya............

( tak habis lagu ni ...nantilah dapat yang penuh

akan diganti...... pakai download free ..... tu la dia)


By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Wednesday, July 28, 2010

Kahwin Lagi

Saya bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Baru lagi saya berfacebook ini. Ini pun kerana Afin yang menyarankan agar saya buka facebook supaya saya boleh berchat dengannya. Tapi rupa-rupanya saya jadi orang yang “demam facebook” yang banyak masa saya lebih mengadap lactop berbanding kerja lain jadual saya banyak yang lari. Kerja mencari anak-anak saudara, kenalan dan rakan-rakan sekolah. Akhirnya ramailah rakan-rakan sekolah yang dapat dihubungkan kembali. Sebenarnya apa yang terlintas dikepala ketika ini mengenai perbualan saya melalui alam maya ini dengan seorang kawan sekolah yang tidak pernah saya jumpa lebih dari 20 tahun. Pertama terkejut kerana hampir tak perasan kerana wajahnya dulu dan kini berbeza makin lawa dan bergaya.


Saya membelik gambar yang terdapat dalam facebooknya. Gambar anak-anaknya, gambar bapa yang tak ada wajah ibunya. Hati terdetik manakah ibunya masih ada lagikah atau sudah tiada. Akhirnya semasa berchat dia memberitahu ibunya dah 5 tahun telah meninggal dunia kerana sakit strok. Innalilahi wainna illaihi rojiuun terkejut kerana ibunya masih muda tapi itulah, umur tak menjaminkan seseorang akan mati lambat ataupun cepat.

Saya bertanya ayahnya dah kahwin lagi ke. Diapun menjawap tak payah, main-main dengan cucu dah cukup. Saya pun terdiam. Apa yang buat saya terfikir ialah bagaimana anak seperti saya pada mulanya enggan membenarkan abah saya kahwin setelah emak saya meninggal dunia. Sedikit perkongsian pengalaman saya yang saya alami sendiri mengenai abah saya .


Emak mengidap penyakit strok hampir 10 tahun. Tidak boleh berjalan, segala keperluannya abah yang menguruskan. Walaupun kami adik-beradik ada, arwah emak tetap hendak abah yang menguruskan dia. Selama emak sakit abah tidak pernah menyebut perkataan hendak kahwin lagi. Setelah 3 hari emak saya meninggal dunia abah memanggil saya hendak memberitahu yang dia nak kahwin lagi....... Bagaimana agaknya perasaan saya pada masa tu.....Allah saja yang tahu.....Saya menangis semahu-mahunya. Saya merasakan yang abah dah tak sayang mak lagi, dah gatal dah tua dah tak payah ingat nak kahwin lagi. Itulah saya rasa ketika itu. Astagfirullahalazim, hambaMu mohon keampunanMu Ya Allah.


Beberapa hari saya tidak bertegur sapa dengannya bertapa sakitnya hati saya. Tanah kubur mak masih merah dah sebut nak kahwin lagi. Tapi itulah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Adik- beradik yang lain ada yang dah carikan calon-calonnya saya buat tak tahu aje... Tak bercakap apa diam bila mereka sebut pasal abah saya ubah topik. Bila masing-masing mengajukan pada abah pasal calon-calon pilihan mereka abah hanya cakap abah nak shikin yang pilihkan untuk abah. Lagilah sakit hati saya.....Apa yang membuatkan saya berubah bila abah demam, bila abang saya cakap yang abah malam-malam tak tidur berjalan diluar rumah sampai pukul 3pg masuk ketika mata betul-betul mengantuk. Akal berfikir hati menafikan abah pernah beritahu "Awak carikanlah abah yang macam mak yang tak boleh berjalan pun tak ape. Asalkan ada orang yang duduk dekat kerusi tu" sambil tangan menunding pada kerusi malas mak. Ya Allah kejamnya saya.....


Sedangkan saya tahu...yang abah bukan orangnya macam tu kenapalah saya tamak tentang kasih sayang yang Allah berikan pada kita. Sedangkan saya tahu sayalah anak yang rapat dengannya tapi macamane rapat pun kita, kita ada jurang disebabkan kita malu walaupun dengan abah sendiri. Nak pegang badan pada mulanya terasa kekok, nak urut badan abah pun rasa janggal sebab kita jarang lakukan tu semua...... Jadi kenapa saya mesti tamak, memanglah walaupun saya berfikir begitu tapi hati tetap tak merelakan. Walaubagaimanapun kasih sayang suami isteri tetap tidak sama. Lebih-lebih lagi kalau usianya masih dikategorikan muda. Manusia ini Allah jadikan punya hati dan kasih sayang yang sama, Kita sayang emak dan abah kita dalam hati yang sama tapi ada ruang untuk suami, anak-anak, adik-beradik, anak saudara, kucing, kawan-kawan, harta benda semuanya kita sayang, tetapi kasih sayang ini ada kelas yang tersendiri.


Jadi tak payahlah kita takut nanti abah, dia tak sayang kita atau sesiapa. Saya bernasib baik cepat tersedar........... Memang abah memerlukan seorang teman, dia juga ada keterbatasan dengan anak-anak. Akhirnya saya terpaksa akur dan merelakan abah berkahwin lagi. Bukan tuntutan nafsu tetapi lebih kepada nak mencari teman hidup. Saya sebagai anak tidak mampu mengisi ruang kosong dalam hati abah walaupun dia bergembira dengan kita.


Apapun ini bukan untuk menyinggungkan hati sesiapa. Ini hanya pandangan peribadi segala macam bentuk penderaan mental saya mohon maaf.....


"Ya Allah, HambaMu memohon keampunanMu, Engkau ampunkan kedua ibubapaku, ibu-ibu, bapa-bapa sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku tempatkanlah mereka bersama-sama kami didalam syurgaMu yang istimewa Ya Allah..............., yang istimewa Ya Allah...........,yang istimewa Ya Allah........tempatkan kami didalam syurga FirdausMu tanpa dihisap....". AMIN


Tuesday, July 27, 2010

Macam-macam

Alhamdulillah hari ini puasa 15 syaaban moga ia diberkati. Ya Allah susah sangat sekarang ni nak berqiamulai dah terjaga pukul 3 tapi tidur balik.....kenapa ya????

Hai Syikin tahu tak fadhilat malam nisfu syaaban, hai entahlah macamana boleh terlepas.......rugi...rugi.....tak salahkan sapa2 ....diri sendiri yang salah....... Semalam puasa sama dengan anak2 kecuali suamiku.....(uzur kot).....malam tu ingat nak ke Masjid Gemereh je menyambut nisfu syaaban tapi tak jadi pergi ke Masjid Jamek Segamat dengan Kak Enon dan suaminya. Haziq berbuka di rumah dulu selepas tu pergi ke masjid. Wann hanya berbuka dirumah saja. Satu keluarga berlainan arah........ Suamiku semalam kena bekerja.....

Semasa baru tiba terperasan seorang mak cik ni macam kenal aje....tunggu la nanti tanya. Selepas semuanya selesai saya tanya mak cik ni kebetulan saya sembahyang disaf belakang dia rupanya dia emak kepada Zainon. Dia terus cakap "Zainon macam awak tapi dia gemuk dari awak sikit" ech.. mak cik ni kalau tau dik zainon sure zainon marah...... adalah jamuan sikit ... Alhamdulillah.



..............................................................................................................



Balik rumah terus bukak FB biasa la apalagi sekarang ni.. tu yang sampai lupa kadang2 nak update blog...... bukak je ternampak Faizah tengah on9 oop apa lagi terus je berchit chatlah dengan dia mengimbau kenangan lalu.... happynya....sedih pun ada juga..... Teringat pasal Merdeka ( cerita tu tunggu di episod akan datang....... tapi bagilah clue sikit ......kita orang pergi ke JB sempena Merdeka menaiki keretapi malam ada insiden lucu, kesal geram semuanya ada... ah nanti la sambung).

Ini teringat kisah waktu kecil, Faizah ini kawan dari kecil lagi. Seawal sekolah tadika semasa pendaftaran sekolah saya diteman abah tiba2 saya ternampak seorang budak memakai baju yang sama dengan saya malunya saya. Budak tu datang dekat tanya "eeh baju kita sama la mana awak beli...."Baju gown tu berwarna hitam putih saya menangis sebab malu... saya terus ikut abah balik esoknya terus tak nak bersekolah disitu..... Rupanya naik Darjah satu pun jumpa lagi....... terus berkawan dengannya, itulah..... Faizah...... tapi dia ni memang ada pertalian ... itu yang makin merapatkan lagi.....

........................

Pernah pada suatu hari raya seingat saya dalam darjah 4, berjanji untuk pergi ke KFC yang masa tu baru buka dibandar Segamat. Saya, Faizah dan adik saya Adi pergi dengan berjalan kaki lebih kurang 1 batu dari rumah. Melalui jalan paya yang bersemak-samun. Masa tu tak tahu ape2.. Sampai je waitress datang bawa menu...... Ah.... ade 3 ketul ayam, satu kentang putar, 1 bun dan conslow dan ada 1 gelas air...... Harganya pada masa tu baru RM 7++ pada masa tu masing-masing memang tengah banyak duit...... duit raya..... tapi tak apalah kongsi- kongsi sebab nanti takut tak habis.....

Rupa-rupanya waitress tu hantar 3 pinggan bermakna ada 9 ketul ayam. AAAAA macamane nak habiskan ni..... orang yang duduk sebelah meja senyum je.... Agaknya dalam hati dia orang sure dia cakap budak ni kuat melantak agaknya tak padan dengan budak. Malunya... disebabkan masa tu tak tahu macamane nak order makanan....kesiannye kami pada masa tu terpaksa menghabiskan 3 ketul ayam dah macam musang dahh....sampai mengah perut....


.............................



Faizah merupakan kawan saya dari saya kecik sehinggalah sekarang ni, rumahnya terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Gemereh. Lepas balik sekolah nanti saya akan pergi ke rumahnya. Duduk di kantin sekolah sambil buat kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Selesainya kami akan bermain buaian yang terdapat di kawasan sekolah. Kami ni kadang-kadang nakal ade je kerja adventure yang kami buat tak padan dengan perempuan....nantilah akan saya cerita lg.

Untuk Faizah, kenangan dulu sangat-sangat indah untuk dikenang saat suka duka yang kita lalu sama-sama. Tahniah, kerana mendapat jemputan dari Allah mengerjakan umrah. Lakukan yang terbaik..doa..doa..doa disana, moga dapat mengucup batu Hajarul Aswad. Jangan lupa doakan kebahagian kita sekeluarga dan kawan-kawan. Faizah, moga persahabatan yang terbina ini akan terus kekal InsyaAllah. Siapa pun anda, apapun anda, anda ada ruang dalam hati ini.......

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban


Alhamdulillah dapat bertemu kembali nisfu syaaban.... Moga ditemukan juga ramadhan nanti..... Banyaknya fadillat nisfu syaaban ini.......


Mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban ), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat


1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat

2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)


i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah


ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah


iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Selasa) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Wallahua'alam


Thursday, July 22, 2010

PELANGI


Ya Allah syukur padaMu kerana masih dipinjamkan nafas dan dipanjangkan umurku lagi.....
Pagi lagi aku dah bersms dengan seorang kawan yang duduk jauh , seorang cikgu telah berpisah dan mempunyai 5 orang anak yang masih kecil lagi. " Ya Allah, Kau kuatkan kawanku ini diatas ujian yang ditetapkan olehMu. Berikan dia petunjukMu, taufik dan hidayahMu agar dia beroleh ketenangan dalam memperjuangkan nasib 5 anak yang masih bersekolah."

Kepada Cikgu Ghafiel tabahkan hati dalam kemelut yang engkau hadapi ini. Ini ujian untuk kau yang Allah dah tentukan sejak dari azali lagi. Jangan bersedih kau beruntung ada kawan2 yang sedia mendengar luahan hati kau dan tak kurang juga yang memandang rendah.Tapi tak apa biarkan. Siapa kita untuk menolak kehendak Allah.

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya kesenang yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah. Dalam kesusahan dan kepayahan yang kau lalui ini kau masih tergolong dalam hambaNya yang beruntung. Disaat kau berpisah kau ada pekerjaaan, ada anak dan ada tempat tinggal. Ada orang lain menghadapi situasi yang sama tidak ada pekerjaan, tidak ada tempat tinggal untuk anak-anak.

Tapi apapun ujian yang Allah beri kepada hambaNya yang termampu oleh seorang hamba.
Terkadang ketika terasa lelah, lalu berhenti sebentar di perhentian. Sambil menghirup secangkir kopi pahit tanpa gula, kita terkesima mendengar cerita orang. Oh! Begitu rupanya kisah dia.. "Terima kasih ya Allah, nasibku lebih baik berbanding dia."

Begitulah perjalanan hidup kita yang diciptakan oleh Dia yang empunya dunia yang bakal binasa. Tiada suatu pun bakal kekal. Semuanya pasti berakhir. Hidup kita atau hidup sesiapa pun dia, tidak kira samada dia mempunyai kuasa, yang glamour malah yang mengemis lagi miskin hina.. adalah ketentuan-Nya. Ia bukan pilihan. Cerita itu telah termaktub sejak azali lagi, terletak di suatu tempat yang mulia bernama Lauh Mahfuz. Lalu, sebenarnya kisah kita atau kisah dia, itu adalah milik mereka yang mahu mengambil iktibar darinya. Subhanallah!

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari. kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari dimana matahari? Rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI....." SUBHANALLAH.......




Wednesday, July 21, 2010

Taubat


Salam, masih berkisar tentang kematian. Mati lagi........tapi inilah hakikat manusia dunia tempatnya sementara, kita akan menuju ke destinasi yang terakhir.......Ya Allah hambaMu belum kuat........

Ia pasti datang tanpa kita sedar mahupun tidak...... Disini nak berkongsi sedikit cerita, setiap orang Allah dah tentukan nasib seseorang, ada yang Allah uji dengan sakit, sakit kronik dan sakit yang biasa saja. Namun semua itu tidak Allah beri dengan sia-sia (untuk ingatan diri sendiri jugak) ada rahmat yang tersembunyi.

Seseorang yang mengalami sakit yang kronik seperti kanser akan sedar waktu pemergian telah hampir (mengikut kata sipesakit dan juga doktor). Kadang-kadang mereka akan merasa tidak adil, kenapa dia yang diberi sakit dan ada juga yang redha dan pasrah. Dikesempatan ini mereka mendekatkan diri dengan Allah yang Khaliq. Beruntungnya mereka..... dapat bertaubat dengan sesungguhnya..... aku ada dimana ???........Bagaimana dengan kita yang sihat .....

Begitu juga dengan penjenayah yang buat kesalahan yang berat dan dijatuhi hukuman seumur hidup mahupun ke tali gantung. Kadang-kadang kita memandang rendah pada mereka ini dik kerana kesalahan yang mereka lakukan....... Sedarkah kita mereka ini Allah beri ujian kerana Allah nak letak mereka ditempat yang tinggi di SisiNya.......KENAPA.......
Seseorang yang telah membunuh dan didapati bersalah akan menerima hukuman gantung sampai mati, didalam penjara mereka akan dipandu kearah yang lebih positif, bertaubat menyesali perbuatan mereka semestinya taubat nasuha dan segala macam kearah mendekatkan diri dengan Penciptanya sehinggalah disaat akhir diiring dengan imam untuk mengajar mengucap Kalimah syahadah. Bukanlah setuju dengan perkara-perkara salah yang mereka buat tapi ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Bagaimana dengan kita yang bebas.

Bagaimana kita...... yang dilimpahkan oleh Allah segala macam karuniaNya....... masih lalai alpa dengan nikmat dunia...Nauzubillah minta dijauhkan..... Nikmat Dunia yang sementara.....Allah...
Mudah-mudahan sempena Rahmadan yang akan bertandang ini menjadikan kita insan yang lebih baik. InsyaAllah.


p/s: ini hanya pandangan peribadi

Tuesday, July 20, 2010

Raden Galoh


Innalillahi wainna illaihi rojiuun.
Malam tadi menerima satu berita kematian yang menyentuh hati dan perasaan, perginya Dalilah bte Tamrin@Raden Galoh menemui Sang PenciptaNya Di Negeri Abadi. "Ya Allah, Kau kiralah amal kebajikannya Kau tempatkanlah dia ,Ya Allah ditempat orang-orang yang beramal soleh."

Sememangnya saya tidak mengenali secara dekat bermula dari Syarahan Intelektual- "KANSER: YA ALLAH....TABAHKANLAH KAMI" dan menjadi sahabat mayanya menerusi blognya sehinggalah saya memiliki buku penulisannya, "Kanser Payudaraku: Perjuangan & kesedaran." ia sangat meninggalkan kesan.

Teringat doa-doa untuk kekuatan dirinya antaranya,

Alhamdulillah, Ya Tuhan Yang Maha Mengasihi... Sujud Syukurku memadaikah Ya Tuhan untuk aku lontarkan kesyukuran ini? Kupohon keampunanMu Ya Robb. Ku pohon bantuan berterusan dariMu ya Tuhan. Kau yang memiliki keajaiban. Kau sembuhkanlah aku Ya Rahman. Kau sembuhkanlah aku Ya Khaliq, Kau sembuhkan aku Ya Latiff! Amiin.

Jua puisi yang telah dijadikan lagu:

Kembaliku Pada Ilahi
Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani

Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri

Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini
Biar pun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih
Kembaliku padaMu Ilahi
Kembaliku padaMu Ilahi

Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai

Lagu: Azalea April 2010
Lirik: Raden Galoh/Azalea April 2010

Berjuang melawan penyakit kansernya yang menular disamping kekuatan yang kuat dan padu untuk melawannya. Seorang isteri dan ibu yang berkerjaya.

"Ya Allah, Kau kuatkan ahli keluarga, suami dan anak-anaknya. Ya Allah Kau jadikan mereka redha diatas ujianMu ini. " Amin.....


........................................................................................................


Apabila mendengar khabar kematian hati menjadi gusar.......... Entah..... bila...... betapa kerdilnya aku disisiMu.......Betapa fakirnya aku disisiMu.......merenung kembali sempurnakah amalanku, cukupkah kebajikanku lantas aku merasa takut dan gentar untuk menghadapinya......namun kematian itu pasti......bila (rahsia Sang Pencipta) tapi ianya pasti.....

Ya Allah masih sepicing amalanku, masih sedikit kebajikanku, betapa masih banyak situasi
aku selalu kalah dengan emosiku. AmpunkanKu Ya Allah. Ampunkanku Ya Robb bantulah aku. Mengawal rusuh di hati ini. Apakah dalam sarat khilaf, masih terbuka ruang untuk diAnugerahkan keinsafan?. Robb, Moga pintu taubatMu terbuka, sebelum api dari bara itu menyala.

Friday, July 16, 2010

KAKAK


Peneman di kala gembira, berduka sedih dan terharu..

Salam semua..
Ada orang kata air mata dan wanita susah untuk di pisahkan.....
betul ke??

tapi ada juga lelaki yang menangis kan??...
Tak salah rasanya lelaki menangis sebab dengan mengangis dapat menggambar perasaan yang sebenar di ketika itu...

Pernah dulu terfikir... mahu sahaja rasanya aku meluahkan isi hati tanpa berselindung dalam blog ni....

....Tapi.....


Aku tahu....di luar sana ada yang suka & tidak dengan diri kita!!

Batalkan sahaja niat mu itu kin!!..
(dalam keadaan air mata mula bergenang...cengeng ke aku ni yer???)

Di kala ini...aku
R.I.N.D.u....pada seseorang
S.E.D.I.H ..... pada seseorang

Ya Allah kau tabahkan hatiku & tenangkan jiwa hamba-Mu yang lemah ini... tapi apa pun .........aku pasrah.

Kakak......Mak kin rindu kakak dengan adik......rindu sangat-sangat.....
Bukan mak kin tak nak jumpa kakak dengan adik tapi, mak kin takut mak kin kecewa........
Kakak .......kakak tahu tak, setiap waktu kakak dengan adik ada dalam ingatan mak kin........bila ingat mak kin akan nangis....... tak kiralah dalam kereta ke atau kat mana-mana hati akan sayu...

Mak kin tak nak kakak dan adik takut. Mak kin tengok kakak dan adik dah kurus sekarang. Masa kakak datang rumah mak kin, masa mak kin baru lepas sembahyang mak kin tengah doa ,kakak datang kat mak kin duduk kat riba, kakak dengar doa yang mak kin aminkan untuk kakak dan adik. masa tu mak kin nangis sambil peluk kakak kuat-kuat.

masa mak kin hantar kakak balik, kakak mak kin tengok macam takut.....kesian kakak.
Kakak ada cakap dengan mak kin kakak kat umah takut kalau ada ???????. sampai bila kakak harus takut........ Nasib kakak la kakak.........

Kakak, nasib kakak tak macam nasib nasib Bik Nani, Bik Yok, Bik Dah dan semua anak tiri arwah Abah Wa, pun tak sama macam Abang Azril ngan Abang Azrul..........

Tak apalah kakak memang nasib manusia ni Allah jadi kan tak sama, rezeki pun berbeza. Kakak mak kin harap sangat raya nanti kita dapat raya sama-sama dengan Ayah Jen, Bik Nani, Bik Yok dan ramai lagi........ Hope masa tu tak ada yang halang.........

Nanti masa Kak Zura kahwin nanti mak kin nak bawak kakak.......
Kakak pesan dengan adik jangan nakal-nakal nanti kena marah dengan???????. Mak kin sedih kalau kakak dengan adik kena marah............. sebab dia belum ada anak, kakak. Tak tahu macam mana satu hari nanti semua ni akan terjadi pada dia.....tahulah langit tu tinggi atau rendah... Kita ni kakak semuanya milik Allah suami, isteri, anak-anak bila-bila masa Allah boleh ambik tak cerai hidup, cerai mati.

Kakak nanti kalau mak kin ada rezeki mak kin belikan kakak ngan adik baju raya....tau

Ok kakak nanti jumpa lagi.......





Tuesday, July 13, 2010

Tahniah


Amirah dan Hazman
bersama Datuk Seri Ali Rustam,
Tzarfin-Aiedhura Bte Datuk Hj. Abu Hassan dan Hjh. Zainun

Bersama Datin Dr Hjh Zailinawati Bte
Datuk Hj Abu Hassan


TERLUPA......Manusia mudah lupa.......

Hari jumaat yang lepas Afin ada sms, memberitahu yayang telah selamat melahirkan anak yang ke-2, anak perempuan beratnya 3kg. Tahniah diucapkan pada Amirah bte Datuk Hj. Abu Hassan dan suami diatas kelahiran baby baru moga dapat menyerikan lagi keluarga. Akil tentu suka dapat adik baru. Makin bertambah besarlah keluarga Datuk Hj. Abu Hassan Bin Mamat dan Datin Hjh. Fatimah Bte Abdul Rahman. Tentu comel cucu baru..... Teringat saat majlis perkahwinan Amirah pada 8.8.08.

Kuman Dan Udara


Assalamualaikum,

Pagi ni saya baca blog kegemaran saya KRTS mengenai tukang gunting, membuatkan saya teringat ketika saya belajar di CVT.

Seorang pengamal yang belajar diluar negara dalam bidang Akaun( tak ingat dimana) telah pergi ke satu tandas awam. Dikatakan diluar negara tandas awamnya bersih. Pada ketika itu cuti menyambut hari Krismas. Sedang dia membuang hajat, dia terdengar orang bermain gitar. Setelah keluar dia mencari orang yang bermain gitar. Dia ternampak seorang Mat Saleh yang duduk disatu penjuru diluar tandas sedang bermain gitar dengan keadaan santai diapun menghampiri Mat Saleh dan duduk disebelahnya.

Mat Saleh tadi terus berhenti main gitar. Dia bertanya pada Mat Saleh itu tak balik menyambut Krismas ke...
Mat Salah tadi mengelengkan kepala......terus menyambung memetik gitar kembali. Mat Saleh itu berhenti main...dan memandang kedepan dengan pandangan yang kosong.
Mat Saleh itu bertanya pada pengamal itu tadi..."Kamu percaya Tuhan kamu......".
Pengamal ini menjawab : "Ya, Saya percaya".
Mat Saleh itu bertanya lagi : "Kamu nampak Tuhan kamu".
Pengamal ini menjawab : " Tidak".
Mat Saleh bertanya lagi: "Kalau kamu tidak nampak macamane kamu percaya Tuhan kamu".

Pengamal ini hanya tersenyum: "Sebelum saya menjawab saya nak tanya anda sesuatu.....
Anda percaya ada udara?"
Mat Saleh: "Percaya...kalau tak ada orang akan mati......".
Pengamal: "Anda, nampak?".
Mat Saleh: "Tak...".
Pengamal: "Anda percaya ada kuman?".
Mat Saleh: "Percaya".
Pengamal: "Anda, nampak?".
Mat Saleh: "Tak...".
Pengamal: "Kalau benda yang sekecil-kecil kuman dan udara yang Tuhan ciptakan manusia tak
nampak, macamane Tuhan boleh nampakkan diriNya. Kalau Tuhan menjadikan manusia ini boleh nampak kuman tentu hidup manusia ini tak tentu arah sebab kerjanya nak mengelakkan kuman".
Mat Saleh:!!!!
Pengamal:"Kalau udara Tuhan ciptakan manusia boleh nampak, manusia akan terlanggar antara
satu dengan yang lain, sebab nak mengejar udara.....Manusia hanya boleh rasa
angin". " Jadi macamana Tuhan yang menciptakan benda-benda yang kita manusia
tidak boleh nampak, Tuhan pulak kita boleh nampak?. Tentulah yang menciptakan
benda ini semua lebih Mulia tempatNya. Saya tidak nampak Tuhan saya. Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kita didalam hati kita".
Mat Saleh:" Terima kasih banyak-banyak" sambil bersalaman dan terus pergi dengan muka yang ceria.

Selepas itu pengamal itu tak pernah berjumpa dengan Mat Saleh itu lagi. Mudah-mudahan Mat Saleh itu mendapat petunjuk dan hidayah dariNya. Asbab dari penerangan dari pengamal itu tadi.


Ya Allah, aku memohon keampunanMu, diatas cerita-cerita ini.

Wednesday, July 7, 2010

Kucing


Hari ini kucing yang bernama Kabu telah melahirkan 4 ekor anak.
Dari pagi kabu dah gelisah nak cari tempat untuk beranak. Mengiau aje dan meleset-lesetkan badan kekaki agar kita mengosok perutnya yang sakit.
Akhirnya bila wann balik sekolah, wann tunggu sampai kabu selamat melahirkan. Bila wann tengok kabu meneran wann pun sama menangis, kasihan.....

**************************************************************************


Hari ini juga Hari terbuka Sekolah Tinggi Segamat. Prestasi kedua-duanya memberangsangkan.
Perlu ada kemahuan untuk terus berusaha.
Guru wann yang bernama Cikgu Mohd Nor Yazid memberitahu wann agar wann kena terus tingkatkan lagi usaha dan kemahuan untuk belajar.
Haziq, pagi-pagi lagi telah memberitahu cikgu agar memberitahu saya kelakuan dan kelemahan tentang dirinya dan dia berpesan jangan sembunyikan apa-apa tentang kelakuannya dan komen tentang dirinya banyak-banyak untuk dia terus sedar dan sebagai satu motivasi untuk dirinya.
Bila saya berjumpa dengan Cikgu Puven guru kelasnya cikgu memberitahu Haziq seorang murid yang pandai tapi malas sedikit berusaha untuk belajar. Haziq tak puas dengan penerangan Cikgu Puven tentang dirinya. Dia kata, kata-kata cikgu kurang untuk motivasi dirinya. ( macamana lagi yang Haziq nak, untuk cikgu tu bagitau ibu.........ibu pun tak paham .....Haziq). Haziq.......Haziq........ Kena ada kesedaran dalam diri sendiri, motivasikan diri sendiri.......ibu akan terus doakan anak-anak ibu selamat dunia akhirat, berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna. Anak-anak ibu juga kena ingat, jangan tinggal solat berdoalah mintalah dengan Allah insyaAllah Allah kabulkan permintaan........ikhlaskan hatimu...nak.

****************************************************************************

Malamnya rawatan dfiteruskan lagi, Alhamdulillah perkembangan yang positif.
Mudah-mudahan ianya akan terus berjaya............ Manusia berusaha Allah tentukan.

Tuesday, July 6, 2010

Alhamdulillah,

Hari ini segalanya berjalan lancar doa tak henti-henti dipanjat keHadrat Ilahi......moga ia berterusan. Disamping itu hari ini dapat ilmu baru, semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan.

Monday, July 5, 2010

Ikhlas





Alhamdulillah,

Syukur kepada Allah diatas limpah kurniaNya. Hari ini ada tetamu datang mengharap pertolongan.....untuk merawat sakitnya...... InsyaAllah ......dengan izinNya jua. Aku memohon keredhaanMu, Ya Allah untuk dapat aku membantu mereka dan dengan Kuasa MutlakMu, Ya Allah Kau bantulah aku....... Hanya Engkau tempat aku mengharap pertolongan....
Ya Allah, Kau jadikan aku orang yang ikhlas........ikhlaskan hatiku......

Sunday, July 4, 2010

Perasmian




Hari ini, Pergi ke Majlis Pembukaan Kedai baru Aphloho Trading yang baru di rasmikan hari ini. Kedai ini dibuka oleh Mohd Yusuf Masiron dan isterinya Syaidatul Farhana Dan rakan kongsinya. Maknanya selepas ini makin bertambah sibuklah mereka ini. Moga perniagaan mereka berkembang dengan lebih baik lagi selepas ini. Doa akak jangan lupa kami semua. Apapun budi baik awak berdua akan dikenang sepanjang hayat. Lepas ni boleh kalau akak minta tolong sudi lagi ke.......

p/s; sekarang nampak syai lain sikit ..............

Saturday, July 3, 2010

Blog


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dah 2/3 hari asyik baca blog-blog, dari blogger yang lain. Sekarang ini tengah tunggu PMKI dan Kak Roza update blog.

PDKM blog yang selalu dibukak, tenangnya hati dapat tengok Masjidil Haram macam seolah-olah tengok depan mata.

Tak apalah, kalau Allah izin dan dikirim kad jemputan InsyaAllah akan sampai jugak.

Friday, July 2, 2010

Doa Untuk Suami


Doa untuk suami


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada

terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan

membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas

segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku

di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan

segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di

DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari

menyakiti perasaannya


Sekiranya...

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah

dan ragamnya


Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku

seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku

harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang

melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan

keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena


Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan

ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku

sebagai isteri...

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah,

sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah,

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, July 1, 2010

Mengharap yang terbaik


Alhamdulillah, hari ini berpuasa moga ia dapat kekal hingga kepetang.
Masa laju meninggalkan kita. Entah dimana titik nokhtahnya hanya Engkau sahaja yang tahu.

Ya Allah,
harapanku untuk berubah dari masa ke semasa, menjadikankan hari ini lebih baik dari semalam, bukan senang......Lahaulawalakuwataillabillahilaliyilazim ( Tiada daya upaya melainkan dengan izin dan pertolonganMu).
HambaMu ini telah banyak melakukan dosa....

Ya Rabb,
Kau terimalah taubatku, Kau berilah taufik dan hidayahMu, Kau berkatilah usaha dan amalanku, Kau angkatlah darjatku, Kau lindunglah aku, kau peliharalah budi pekertiku, Kau jagalah tutur bicaraku, Kau jadikanlah aku orang yang takut dan gentar padaMu.

Wahai Allah,
Tolonglah aku untuk mengingati Engkau, mensyukuri dan memperelokkan ibadatku kepada Engkau. Jadikanlah aku cinta kepadaMu dengan hatiku seluruhnya hanya kepadaMu dan segala kemampuanku seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu dan apa saja yang Engkau jauhkan dariku dari hal-hal yang aku cintai jadikanlah hal itu sebagai penguat untukku mencintai kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai...

Ya Allah,
Kau ampunkan dosa, salah silapku, hanya padaMu tempat aku mengadu. Sesungguhnya akulah manusia yang paling lemah, paling hina dan paling fakir, Ya Allah.

Ya Allah,
Kau rapatkanlah hubunganku dengan adik-beradikku, satukan kami Ya Allah, dengan saudara-maraku, sahabat-sahabatku jangan Kau putuskan silaturahimku semata-mata kerana hasutan syaitan.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang menciptakan kami. Cukuplah aku bergantung kepadaMu, Kaulah penolongku, PembantuKu yang satu, yang aku sembah, yang aku percaya , Kaulah Yang Maha Berkuasa , Yang Maha Pengasih Dan Yang maha Penyayang dan Kaulah yang mengetahui baik buruknya hubungan kami, Ya Allah.

Ya Allah,....
Jadikanlah suamiku, suami yang dapat memimpin tanganku melalui titianMu, jadikan dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Seorang suami yang kuat dan tabah dengan ujian-ujianMu, tatkala diuji dengan sakit, tatkala diuji dengan perbagai ujian dariMu. Bahagiakan rumahtangga kami. Engkau berkatilah rumahtangga kami.

Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim,
Kau jadikanlah anak-anakku sebagai anak-anak yang takut dan gentar padaMu, anak-ank yang soleh dan solehah yang tahu menghormati orang tua, guru-guru dan ibubapa. Ya Allah..... Kau berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka. Berikanlah kesihatan yang baik . Jagalah mereka Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Jika aku dipanggil olehMu, tempatkanlah aku dikalangan orang-orang yang beriman yang beramal soleh, masukkanku didalam syurgaMu bersama- sama ibubapaku, ibubapa mertuaku, suamiku, anak-anakku, adik-baradikku,ipar-duaiku, semua yang rapat denganku. Syurga yang paling istemewa Ya Allah ......., yang paling istimewa Ya Allah . Dan masukkan kami tanpa dihisab.

Amin Yarabbal Alamin