Wednesday, July 28, 2010

Kahwin Lagi

Saya bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Baru lagi saya berfacebook ini. Ini pun kerana Afin yang menyarankan agar saya buka facebook supaya saya boleh berchat dengannya. Tapi rupa-rupanya saya jadi orang yang “demam facebook” yang banyak masa saya lebih mengadap lactop berbanding kerja lain jadual saya banyak yang lari. Kerja mencari anak-anak saudara, kenalan dan rakan-rakan sekolah. Akhirnya ramailah rakan-rakan sekolah yang dapat dihubungkan kembali. Sebenarnya apa yang terlintas dikepala ketika ini mengenai perbualan saya melalui alam maya ini dengan seorang kawan sekolah yang tidak pernah saya jumpa lebih dari 20 tahun. Pertama terkejut kerana hampir tak perasan kerana wajahnya dulu dan kini berbeza makin lawa dan bergaya.


Saya membelik gambar yang terdapat dalam facebooknya. Gambar anak-anaknya, gambar bapa yang tak ada wajah ibunya. Hati terdetik manakah ibunya masih ada lagikah atau sudah tiada. Akhirnya semasa berchat dia memberitahu ibunya dah 5 tahun telah meninggal dunia kerana sakit strok. Innalilahi wainna illaihi rojiuun terkejut kerana ibunya masih muda tapi itulah, umur tak menjaminkan seseorang akan mati lambat ataupun cepat.

Saya bertanya ayahnya dah kahwin lagi ke. Diapun menjawap tak payah, main-main dengan cucu dah cukup. Saya pun terdiam. Apa yang buat saya terfikir ialah bagaimana anak seperti saya pada mulanya enggan membenarkan abah saya kahwin setelah emak saya meninggal dunia. Sedikit perkongsian pengalaman saya yang saya alami sendiri mengenai abah saya .


Emak mengidap penyakit strok hampir 10 tahun. Tidak boleh berjalan, segala keperluannya abah yang menguruskan. Walaupun kami adik-beradik ada, arwah emak tetap hendak abah yang menguruskan dia. Selama emak sakit abah tidak pernah menyebut perkataan hendak kahwin lagi. Setelah 3 hari emak saya meninggal dunia abah memanggil saya hendak memberitahu yang dia nak kahwin lagi....... Bagaimana agaknya perasaan saya pada masa tu.....Allah saja yang tahu.....Saya menangis semahu-mahunya. Saya merasakan yang abah dah tak sayang mak lagi, dah gatal dah tua dah tak payah ingat nak kahwin lagi. Itulah saya rasa ketika itu. Astagfirullahalazim, hambaMu mohon keampunanMu Ya Allah.


Beberapa hari saya tidak bertegur sapa dengannya bertapa sakitnya hati saya. Tanah kubur mak masih merah dah sebut nak kahwin lagi. Tapi itulah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Adik- beradik yang lain ada yang dah carikan calon-calonnya saya buat tak tahu aje... Tak bercakap apa diam bila mereka sebut pasal abah saya ubah topik. Bila masing-masing mengajukan pada abah pasal calon-calon pilihan mereka abah hanya cakap abah nak shikin yang pilihkan untuk abah. Lagilah sakit hati saya.....Apa yang membuatkan saya berubah bila abah demam, bila abang saya cakap yang abah malam-malam tak tidur berjalan diluar rumah sampai pukul 3pg masuk ketika mata betul-betul mengantuk. Akal berfikir hati menafikan abah pernah beritahu "Awak carikanlah abah yang macam mak yang tak boleh berjalan pun tak ape. Asalkan ada orang yang duduk dekat kerusi tu" sambil tangan menunding pada kerusi malas mak. Ya Allah kejamnya saya.....


Sedangkan saya tahu...yang abah bukan orangnya macam tu kenapalah saya tamak tentang kasih sayang yang Allah berikan pada kita. Sedangkan saya tahu sayalah anak yang rapat dengannya tapi macamane rapat pun kita, kita ada jurang disebabkan kita malu walaupun dengan abah sendiri. Nak pegang badan pada mulanya terasa kekok, nak urut badan abah pun rasa janggal sebab kita jarang lakukan tu semua...... Jadi kenapa saya mesti tamak, memanglah walaupun saya berfikir begitu tapi hati tetap tak merelakan. Walaubagaimanapun kasih sayang suami isteri tetap tidak sama. Lebih-lebih lagi kalau usianya masih dikategorikan muda. Manusia ini Allah jadikan punya hati dan kasih sayang yang sama, Kita sayang emak dan abah kita dalam hati yang sama tapi ada ruang untuk suami, anak-anak, adik-beradik, anak saudara, kucing, kawan-kawan, harta benda semuanya kita sayang, tetapi kasih sayang ini ada kelas yang tersendiri.


Jadi tak payahlah kita takut nanti abah, dia tak sayang kita atau sesiapa. Saya bernasib baik cepat tersedar........... Memang abah memerlukan seorang teman, dia juga ada keterbatasan dengan anak-anak. Akhirnya saya terpaksa akur dan merelakan abah berkahwin lagi. Bukan tuntutan nafsu tetapi lebih kepada nak mencari teman hidup. Saya sebagai anak tidak mampu mengisi ruang kosong dalam hati abah walaupun dia bergembira dengan kita.


Apapun ini bukan untuk menyinggungkan hati sesiapa. Ini hanya pandangan peribadi segala macam bentuk penderaan mental saya mohon maaf.....


"Ya Allah, HambaMu memohon keampunanMu, Engkau ampunkan kedua ibubapaku, ibu-ibu, bapa-bapa sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku tempatkanlah mereka bersama-sama kami didalam syurgaMu yang istimewa Ya Allah..............., yang istimewa Ya Allah...........,yang istimewa Ya Allah........tempatkan kami didalam syurga FirdausMu tanpa dihisap....". AMIN


No comments:

Post a Comment