Saturday, August 7, 2010

Kenangan

Ramadhan bakal datang beberapa hari lagi, hari ini tiba-tiba teringat ramadhan tahun-tahun lepas. Bila duduk-duduk bersembang dengan Haziq dan Wann mengenai bulan puasa ni, pasti mereka akan teringat Arwah Abahwe. Ah....sayu menyelubungi perasaan....bagaimana mungkin untuk kami lupakan kenang-kenangan itu...amat sukar, lebih-lebih lagi pada anak-anakku.

Wann merindui Arwah abahwenya, kerana apabila musim Ramadhan setiap petang abah akan datang kerumahku ambil Haziq dan Wann untuk ke Bazar Ramadhan. Pada masa tu Wann dalam darjah 3, suka sangat dengan kuih Apam cantik manis. Setiap hari tanpa jemu itulah juadah sampingan yang wajib ada. Haziq tidak memilih, apa saja makanan boleh dimakan.

Walaupun kadang-kadang abah terpaksa pergi seorang kerana Haziq dan Wann keletihan berpuasa abah tetap akan belikan untuk wann kuih kegemarannya. Begitu juga kalau kami berbuka diluar abah tetap dibawa sekali kuih itu..... itu semua cerita dulu-dulu sekarang setelah arwah abah tak ada wann dah tak makan kuih tu lagi.

Kadang-kadang saya terpaksa menemankan abah pergi ke Bazar Ramadhan kerana kesian kalau dia pergi sorang-sorang... Kalau adik- beradik berkumpul untuk berbuka puasa nilah saat yang paling seronok, Kak Dah, Kak Yok dan saya dengan keluarga masing-masing akan bawa macam-macam juadah sampaikan tak termakan....... Abah dan mak orang yang paling suka bila berkumpul tapi tak semua adik- beradik yang ada kerana ada yang duduk jauh dan ada yang berbuka dirumah masing-masing.

Inilah n3 yang paling susah nak menghabiskan.........

No comments:

Post a Comment