Monday, August 16, 2010

Hari Ke-6 Ramadhan

Doa Harian Ramadhan :

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana maksiat ku dan janganlah menyeksa ku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku daripada sesuatu yang mendatangkan kepada kemungkaran-MU...Ameen..."


Hikmah Ramadhan :

"Kemuliaan orang-orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa dicatatkan sendiri oleh Allah SWT..."


Kesilapan Berpuasa :


"Ramai di antara umat Islam yang banyak menghabiskan masa beniaga dan mencari kekayaan di bulan ini, walaupun mereka diberikan peluang dan ganjaran yang belipat-lipat kali ganda hanya pada bulan ini sekiranya mereka beribadah..."


Hadis & Al-Quran :


"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur" - Surah Al-Baqarah Ayat 185


Mutiara Kata :


"Pada satu pintu kebahagiaan (nikmat) tertutup, pintu yang lain (hikmah) dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...."

No comments:

Post a Comment