Sunday, August 15, 2010

Umrah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi M
aha Mengasihani.


"Salam, Faizah kita nak mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah, moga dipermudahkan segalanya.....sedih sangat kerana tak dapat nak menghantar ke KLIA..... kita nak mohon maaf pada awak seandainya selama ini selama bersahabat, selama berkawan, selama berteman ada kata terselit dusta, ada hati yang menjeruk rasa, ada sikap yang membekas lara, ada langkah yang terselit duka ...... Segala kekhilafan terbukti kita insan biasa ..... Faizah.... selamat pergi dan kembali. Doakan kesejahteraan kita sekeluarga disana. Begitu juga dengan kawan2 kita yang lain..... Doakan kita menyusul kemudian....
"

Itulah kata saya yang dapat diungkap melalui tulisan, satu kelemahan saya tidak boleh menyatakan secara berdepan ...... mau nangis. Satu kerana sayu tidak dijemput, bukan cemburu tapi tak tahulah macam mana nak diucapkan...... Diharap Allah akan bagi juga jemputan suatu hari nanti untuk menjadi tetamuNya. Ya Allah tak tahulah bertuah pada yang sesiapa yang dijemput oleh Allah menjadi tetamunya......

No comments:

Post a Comment