Tuesday, August 3, 2010

Matlamat dan Halatuju

Tujuan aku berblog tak lebih hanya untuk luahan hati sendiri. Aku insan yang mencari matlamat dan halatuju untuk kedestinasi yang terakhir. Mengembara hidup seharian sebelum tiba ke destinasi itu berbagai simpang ku temui mohon pertunjuk jangan ditemukan dengan simpang yang menyesatkan.... Buat kawan-kawanku coretan ku ini hanya untuk ingatan diriku bukan untuk menyeksa kalian. Bukan juga untuk riak takbur ujub nauzubillah moga Allah tolakkan jauh-jauh. Kadang kita tidak boleh meluah dengan kata-kata apa yang hendak kita nyatakan ia boleh dengan tulisan tapi kadang-kadang boleh disalah ertikan juga. Seandainya ianya boleh menjadikan iktibar ambillah tapi sekiranya ianya menjadikan hati anda resah ia petanda baik..........Semoga kita semua akan sampai ke matlamat dan halatuju destinasi kita yang satu.

No comments:

Post a Comment