Tuesday, August 10, 2010
RENUNGAN
Pada suatu hari seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar: "Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang.? Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"
Cikgu: "Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu jalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa mmenoleh
kebelakang lagi walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangan. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan kedepan sambil sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak berjumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."
Cikgu: " Ya , itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang. Janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu, kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi.........
Renung-renungkanlah...... suntingan dari FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment