Wednesday, August 11, 2010
Puasa
Alhamdulillah malam tadi dengan keizinan Yang Maha Esa, saya dapat lagi pada tahun ini melakukan solat sunat terawih.Moga ianya akan berterusan sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah.
Ya Allah ramai pulak kali ini yang bersembahyang terawih di Masjid Gemereh, sehinggakan ada yang sembahyang diluar...... Moga ia akan terus kekal ke akhir ramadhan... Kadang2 ia tidak sampai keakhir saf dah mula berkurangan.
Dan seperti biasa saya berazam (jadi ke tidak) untuk melakukan solat sunat terawih dimasjid atau surau yang berlainan, tapi azam ni macam tahun lepas tak silap dapat 2 masjid 1 surau dan kadang2 ada buat dirumah sahaja...hai entahlah
Balik dari masjid (buat 8 rakaat aje witir buat dirumah, mudah2an dapat buat...jgn x sedar sudah)... ada program tv memang ditunggu Halaqah TV9 ...... sure nangis .... alahai dahlah cenggeng. Memang sah menangis sedih sangat ..... Tajuk: Wali Keramat (Ayah dan ibu).
Ya Allah, teringat sangat kat mak dan abah...... rindu sangat... tak ada ayat yang boleh diungkapkan dengan kata-kata....Ya Allah ... Ya Allah...Ya Allah.. hambaMu tidak kuat Ya Allah ... Rindunya aku pada mereka...
" Ya Allah, Berikanlah mereka balasan yang sebaiknya atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kasih sayang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya hak mereka kerana perbuatanku, maka jadikanlah itu semua sebagai penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu."
Al-Fatihah buat mak dan abah yang telah kembali ke rahmatullah. Moga Allah meluaskan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang berbakti dan beramal soleh.......Amin.
..............................................................
Alhamdulillah dapat bangun sahur yang telah di setkan dari 1 1/2 tahun yang lalu tepat pukul 3 pagi. Moga ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi ibadahku pada Tuan Puanya Alam semesta ini ..... Bolehkah aku menandingi ibadah puasaku tahun-tahun yang lepas atau dapat aku perbaiki, memperelokkan lagi untuk ramadhan kali ini...... Aku tak mampu Ya Allah, tanpa bantuan dan pertolonganMu. Izinkan aku Ya Allah untuk aku meraih limpahan rahmatMu didalam bulan yang penuh berkah ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment