Bapa tiri.
Saya pergi ke rumah bekas adik ipar untuk ambil anak saudara(anak adik dengan dengan bekas isteri),untuk ambil sekejap disebabkan adik-beradik yang lain ada pulang bercuti. Ketika kami sampai mereka sedang menikmati makan tengahari. Tapi rupanya bekas adik ipar ada program lain. Sesuatu yang mengejutkan yang meruntunkan hati ketika Ain(anak saudara yang paling kecil) hendak keluar bejumpa dengan kami tiba-tiba ditengking oleh bapa tirinya terus meraung Ain. Ya Allah, kenapalah marah budak tu didepan mak saudaranya. Tiba-tiba ingatan terus ke arwah abah yang mana arwah abah merupakan seorang bapa tiri yang ketika dia kahwin dengan emak dia seorang duda yang tidak mempunyai anak dan emak balu kepada 12 orang anak kandung dan 3 orng anak angkat. Abah tidak pernah sesekali marah, jentik jauh sekali untuk pukul. Kalau abah sedang menonton tv rancangan kegemaran berita Abah boleh tengok dengan keadaan cucu-cucu bising terpekik-pekik sambil berlari-lari didepan abah, abah buat tak tau aje. “Abah
Pernah berlaku ketika menjelang raya budak-budak bermain mercun . Adib,Faris dan kawan-kawan mereka bermain mercun buatan sendiri bunyinya seperti meriam buluh kuatnya bukan main. Emak semamangnya sakit, marah kerana terperanjat “
Ya Allah Kau ampunkan kedua ibubapaku rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu Ya Allah Tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment