Wednesday, June 30, 2010

Berserah

Dengan Rahmat Dan Kasih SayangMu dapat aku mencoretkan sedikit catatan atau nak dipanggil apa ya.......

Ya Allah aku manusia biasa-biasa yang punya kekurangan disana-sini, bagaimana boleh aku tumpahkan disini, aku pun tak tau...... Allah Berkuasa... Gerakkan Allah....Bertapa aku insan kerdil atas muka bumi ini.

Hanya jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kahidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, Lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib.

Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya.
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup.
Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik.

Teringat satu pesanan, Jangan hanya belajar dengan guru, tapi belajarlah dengan pengalaman. Belajarlah dengan kesilapan, belajarlah dengan teguran, belajarlah dengan kata-kata orang kepada kita, belajarlah dengan kesilapan orang, belajarlah dengan tragedi dan peristiwa, itulah universiti yang bersifat universal.

No comments:

Post a Comment