Thursday, March 24, 2011

Kenangan

Ya Allah lamanya x menjenguk blog ni dah bersawang dah...

Banyak sangat kerja2 akhir2 ni yang terpaksa di bereskan dulu... Semenjak menjaga abah sakit di hospital selama 26 hari secara bergilir2 dan dirumah selama 20 hari dan akhirnya Allah menjemput ketika dia berumur 81 tahun.Pada 2/3/2011. Lamanya umur sabsidi yang Allah berikan padanya...bagaimana dengan aku??

Dan selepas tu terpaksa menguruskan hal2 yang ditinggalkan ..... penatttnya.
Banyak benda terpaksa diketepikan dulu ...... x pelah ... mana tidaknya terpaksa berkejar2 untuk mengemas 2 rumah .. aduhh.

"Ya Allah, Kau tempatkanlah bapa mertuaku Hj Darsudin B M Sidek ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Permudahkan urusan beliau diSana....... Moga apa yang kami lakukan setiap kebaikan dab kebajikan untuknya didunia ini benar-benar sampai kepadanya, Ya Allah..."....

p/s: teringat aku satu sms yang aku dapat pada malam abah meninggal dari seorang sahabat yang mengucapkan takziah membuatkan aku terkasima seketika.....

" Takziah....selesailah tanggungjawap ko mlm ni... hanya tuhan yang balas segala budi baik yang dicurahkan selama ini.... Ingat Allah.... Dia bagi ko ujian sebab ko mampu harungi....kecantikkan wajah x mampu b'saing dgn kecantikkan hati...hati ko cantik....aku pasti!!.."

buat sahabatku....tidak ada apa yang aku lakukan, semuanya semata-mata kerana Allah diatas rasa tanggungjawap yang telah diamanahkan dan janji pada diri untuk menjaga mereka ketika saat- saat akhir mereka....

No comments:

Post a Comment